,
Laman Utama

“Berbunyi Pasal LHDN Ke? Kenapa Pergi Claim? Kesian Saya Bela Anak Sorang-Sorang" - Rita Rudaini Balas!

Fiza Kamarudin
25/01/2021
01:14 MYT
Aktres Rita Rudaini tampil bersuara selepas bekas suami, Aidil Zafuan membuat kenyataan meminta fithah dan tohmahan dihentikan terhadap dirinya.
Rita menerusi ruangan IG Storynya berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.
“Saya tak pernah cakap pun tak bayar nafkah. Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak berumur 1 dan 3 tahun, itulah duitnya, perbelanjaan susu dan pampers.
“Sekarang tahun berapa ya? Dah 2021 tapi amaun yang sama…Taka da duit baju raya, tiada baju raya, tiada duit sekolah, tiada duit taska.
“Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot, tak bagi? Tapi saya diamkan sahajalah sebab berapa sangatlah pun untuk anak-anak yang dah besar ni. Amaun sama dari 2013.
“Saya tak pernah bising…Tak pernah mintak duit sekolah, duit perayaan, baju raya, duit raya…Anak kena buli, saya tak kacau dia pun dan dia pun tak berbunyi. Hari ni berbunyi pula,” katanya.
Dalam kenyataan sama Rita turut memberitahu Aidil telah membuat tuntutan pada bahagian perbelanjaan anak di borang cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Hari ni berbunyi pasal kes LHDN ke? Kenapa pergi claim? Kesian saya sebab bela anak sorang-sorang. Saya bukan nak claim tapi masa nak isi borang tu rupa-rupanya dah ada orang claim.
“Saya tak bising pun masa dapat tahu 4 tahun lepas. Alahai…nak bagi tahu netizen sebab netizen kecam? Takut? Lebih takut netizen dari takut Allah,” katanya. Dalam beberapa muatnaik lain Rita turut mempersoalkan mengapa Aidil tidak memberitahu jumlah amaun nafkah yang diberikan kepada anak-anak mereka.
Rita turut memaparkan paparan skrin perbualan bersama peguam memohon Aidil mengemukakan bukti seperti didakwa.
Turut menjadi persoalan buat Rita ialah mengapa Aidil tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan ketika anak menjadi mangsa buli dan dituduh sebagai anak luar nikah.
Tambah Rita, Aidil sepatutnya bersyukur kerana bekas isterinya mendidik anak-anak sehingga berada di tahap sekarang dan tidak pernah lari dari tanggungjawab terhadap mereka.
“Patut hang bersyukur la ada bekas bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia. Sekurang-kurangnya aku tak lari tinggal anak-anak aku macam….Pi mana pun aku bawak.
“Didik sorang-sorang tak pernah cuit or kacau duit harta hang pun….Tak reti bersyukur langsung, alahai…,” luahnya.
Kata Rita lagi, pengalaman lalu menjadikan dia seorang yang lantang bersuara dan berani seperti hari ini. Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga menyebabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.
Selain itu Aidil turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, mencaci dan menghina sehingga boleh menjejaskan reputasinya.
[[BACA: "Saya Beri Nafkah Kepada Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal..." - Sering Difitnah Aidil Zafuan Tampil Bersuara]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar