Hiburan
Berat Badan Turun 4KG & Hampir Diragut, Gadis Basikal Ini Akhirnya Bersuara!
Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang gadis yang terpaksa menggunakan basikal untuk melakukan kerja penghantaran makanan.
Beberapa keping gambar yang viral di media sosial itu telah mencetuskan rasa simpati netizen apabila individu berkenaan tetap cekal demi mencari sesuap nasi.
Namun, sejak tersebarnya gambar tersebut, identiti gadis berkenaan masih menjadi misteri.
Rata-rata netizen dilihat cuba mencari gadis tersebut dan kebanyakannya mahu membantu meringankan beban ditanggungnya.
Semalam, gadis yang mencuri tumpuan ribuan netizen akhirnya tampil bersuara.
Gadis tersebut adalah Siti Khadijah Suhaimi berusia 29 tahun dan mula bekerja sebagai penghantar makanan sejak dua minggu lalu.
Menerusi Harian Metro, Siti Khadijah berkata, dia mengambil tempahan dalam radis satu kilometer sahaja dari tempatnya.
Menurutnya, dia memilih pekerjaan itu selepas berhenti kerja pada Julai lalu disebabkan pandemik Covid-19.
"Mungkin ada yang anggap dengan cara berbasikal tidak untung sangat tetapi saya memilihnya kerana saya mahu berdikari dalam mencari rezeki.
"Awal dulu memang malu tetapi saya lawan perasaan itu dan hanya fikir positif yang saya mampu buat semua ini.
“Lagipun berat badan saya turun empat kilogram selepas mengayuh basikal untuk hantar pesanan," katanya.
Tambahnya, ibu dan ayahnya tidak menghalang dia memilih pekerjaan itu sebaliknya memberi sokongan dan mintanya berhati-hati.
“Basikal ini pun ayah yang belikan.
“Selain itu kalau nak kata pengalaman, saya hampir diragut ketika menghantar pesanan pada hari kedua.
"Ketika itu rasa nak menangis tetapi saya kuatkan semangat dan teruskan hantar makanan. Saya sedar dengan kecekalan apa cabaran mendatang pun saya boleh hadapi," katanya.
Must-Watch Video