,
Hiburan

Benladin Tampil Dengan Single Rampung, Kerjasama Kedua Dengan Malique

Asraf Aided
04/03/2020
11:18 MYT
Penyanyi Benladin kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Rampung.
Single tersebut merupakan hasil ciptaan Luca Sickta dan Siqma selaku penulis lirik dan digubah oleh Malique dan Luca Sickta.
Menurut Ben, pengalaman menghasilkan single terdahulu, Hikayat Ben Ladin bersama Malique membuatkan dia lebih memahami cara kerja komposer dan penulis lirik itu.
"Sejak awal pembikinan Rampung, Malique memberikan sepenuh kebebasan kepada saya untuk berkongsi idea dan pendapat, dia yakin cara itu dapat melahirkan hasil terbaik dan kepuasan untuk kedua-dua pihak.
"Kami sudah bekerjasama sebelum ini dalam menghasilkan lagu Hikayat Ben Ladin, saya sudah faham cara kerjanya.
"Daripada apa yang saya nampak, Malique sentiasa menitikberatkan kesempurnaan dan cara penyampaian di studio rakaman.
Ben berkata demikian ketika ditemui majlis pelancaran single Rampung di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Tambah Ben, lagu Rampung telah siap sepenuhnya selepas mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan.
"Lagu ini mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan secara sepenuhnya, saya tidak kisah untuk menunggu lama kerana saya sangat meminati hasil karya Malique," tambahnya.
Rampung boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi semua portal muzik terpilih seperti Apple Music, Spotify, Deezer, JOOX Music dan KKBox.
Muzik video rasminya pula telah ditayangkan di laman YouTube sebulan lalu dan mendapat tontonan sebanyak 1.4 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dakwa 'Kena Jadi Kaya Sebab Kalau Miskin Susah Jadi Baik' Penyanyi Nadin Amizah Dikecam

gempak
23/01/2021
11:55 MYT
alamak macam mana tu?
Berita

Ben Ladin Mula Belajar Tulis Lagu Rap Sendiri, Tak Mahu Guna Khidmat Malique Lagi Ke?

gempak
18/03/2020
09:28 MYT
Hiburan

"Saya Lakukan Bukan Untuk Duit" - Benladin

gempak
16/03/2020
12:11 MYT
Hiburan

"Saya Minta Nasihat Dari..." - Benladin Alami Perubahan Vokal

gempak
10/03/2020
06:51 MYT
Hiburan

"Saya Mahu Dikenali Menerusi Hasil Karya" - Benladin Tak Mahu Sertai Program Realiti?

gempak
06/03/2020
06:35 MYT