,
Laman Utama

Benjy Wasiat Kebumi Di Medan, Elza: "Sepatutnya Arwah Direviu Kerana Kelakuan Baiknya Bulan Ini..."

Maliah Surip
11/07/2021
16:25 MYT
Jenazah aktor Khaeryll Benjamin Ibrahim yang meninggal dunia akibat penyakit kronik asma semalam akan dikebumikan di Medan, Indonesia sebelum Zohor hari ini.
Pengebumian anak aktres Allahyarham Azean Irdawaty di Medan adalah wasiat daripada pelakon itu kepada seluruh ahli keluarganya, sejak sekian lama.
"Ini memang wasiat Ben. Sudah lama Ben pesan, jika ajal dia sampai di Medan, terus kebumikan di sana, tak perlu bawa balik Malaysia.
"Jadi kami hormati keputusannya," ujar adik pelakon itu, Elza Dalyanna sewaktu membuat siaran langsung di Instagram bersama seorang lagi adiknya, Innesa Irdayanty, semalam.
Lantaran itu, keluarga telah memberi keizinan kepada pihak penjara Medan untuk mengebumikan jenazah Benjy di Tanah Perkuburan Tanjung Gusta Medan, sebelum Zohor hari ini.
Jenazah sebelumnya sudah selepas selesai menjalani prosedur pemeriksaan dan dibawa ke Rumah Sakit Bhyangkara Brimob, dengan semua kos ditanggung pihak waris.
Dalam siaran langsung dengan durasi sekitar 23 minit itu, Elza dan Innes turut berkongsi fakta mengenai Benjy yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun itu.
Menurut mereka, pemergian Benjy tidak ada kena mengena dengan virus COVID 19, sebaliknya kerana penyakit kronik pnumonia, asma dan paru paru yang dihidapi sejak sekian lama.
Dan sebagai ahli keluarga yang telah lama mengetahui tentang penyakitnya, mereka tidak terkejut dengan berita kematiannya yang disebabkan asma.
"Saya nak beritahu, meninggalnya Ben tiada kena mengena dengan COVID 19. Dan jujurnya kami tidak terkejut apabila diberitakan Ben meninggal dunia.
"Jangan salah anggap, bukan kami gembira ya. Tapi sebab kami tahu Ben telah bertarung dengan penyakitnya sejak bertahun lamanya. Malah tahun ini boleh dikatakan hampir setiap bulan Ben keluar masuk hospital kerana penyakit yang dihidapi," kata mereka.
Innes turut mendedahkan, Benjy yang menjalani hukuman di penjara Medan atas kesalahan percubaan menyeludup dadah selama 11 tahun 3 bulan sepatutnya direviu bulan ini atas kelakuan baik.
"Sejak dipenjarakan pada tahun 2017, sudah sekitar 4 tahun Ben di sana. Sepatutnya bulan ini dia akan direviu mengenai kelakuan baiknya. Tapi Allah panggil dia pulang dahulu," katanya.
Kedua beradik itu turut meminta jasa baik rakyat Malaysia agar sedekah Al Fatihah, lakukan solat jenazah dari jauh selain berharap jika Benjy mempunyai kesalahan, semuanya telah dimaafkan.
"Kami minta halalkan makan minum atau apa sahaja dari Ben. Terima kasih untuk semua pihak yang telah banyak menolong Ben selama ini. Ben sekarang bersama dengan Mama," ujar mereka lagi.
Semalam media melaporkan Benjy yang cukup terkenal menerusi drama Kerana Cintaku Saerah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan keluarga, pihak penjara menghubungi Elza sekitar pukul 11 pagi waktu Malaysia memaklumkan Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit tenat asma.
Kredit Foto: BERNAMA Instagram: @inessukamakan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.