,
Viral

"Benda Tu Mula Menangis, Gelak & Mengilai Panjang ..." - Remy Ishak Sedang 'Berubat', Bakal Jumpa Psikiatri

Amri Hassan
18/10/2019
05:20 MYT
Pelakon Remy Ishak akhirnya tampil mendedahkan situasi sebenar yang berlaku pada dirinya.
Kata bintang filem Sangkar itu, pada mulanya dia menganggap dirinya berdepan masalah depresi hingga enggan keluar dari rumah.
"Keadaan ini merumitkan dan saya tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri saya sendiri.
"Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.
"Pada masa sama saya mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tak nak keluar rumah sebab takut naik angin.
"Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru," katanya menerusi rakaman video IG Live di Instagramnya pagi tadi.
Ekoran situasi berkenaan, Remy akui mula mengambil ubat-ubatan untuk bertenang dan relaks.
Namun, atas nasihat kenalan dan keluarganya, Remy akhirnya bersetuju untuk melakukan rawatan daripada kaedah perubatan Islam.
"Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz.
"Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.
"Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya.
"Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang.
"Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang," tambahnya.
Bagaimanapun, sesi IG Live itu ditangguhkan Remy dan pelakon itu berjanji akan berkongsi kisah selanjutnya nanti.
Dalam sesi sama, Remy juga bakal bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan secara sudut perubatan moden.
Malam tadi Remy tampil memuat naik posting menerusi ruangan Instastories peribadinya bercakap mengenai sihir.
"Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Kalau ada perkara buruk jadi pada keluarga melibatkan sihir, aku tahu apa patut buat," tulis Remy memberikan amaran.
Remy juga memuat naik gambarnya memegang senaskhah al-Quran sambil membaca surah Asy-Syams yang merujuk pada bacaan ayat bagi mengelak diri dikhianati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar