,
Hiburan

Benar Imigran Tinggal Secara Haram, Suami Nadya Syahera Mengaku Bersalah

Zulaikha Yusof
28/08/2019
04:14 MYT
Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis.
Menurut laporan Utusan Online, Fizul atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi didakwa dengan sengaja membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis yang beralamat di XG/25, Blok Bawah J, Jalan Plumbum X7/X, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, pada 20 Februari lalu.
Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.
Terdahulu, peguam Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan hukuman pada tarikh lain di atas alasan anak guamnya tidak mempunyai cukup wang.
Hakim Saifulakmal Mod. Said kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 26 September ini untuk keputusan jatuh hukum.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.
Sumber: Utusan Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Nadya Syahera Dedah Rumah Tangga Diganggu 'Penyondol' - "I Bet You Potong Jari Kalau Sanggup ..."

gempak
14/02/2023
00:55 MYT
Jangan nak sondol!
Laman Utama

“Nak Saman, Nak Rampas Kami Terima Tapi…”- Barang Meniaga Kena Angkut MBSA, Nadya Syahera Minta Berlaku Adil

gempak
30/09/2022
08:23 MYT
Nadya Syahera Minta Berlaku Adil
Laman Utama

[VIDEO] "Saya Memang Sibuk Ulang-Alik Kebun Buah Di Thailand" - Fizul Nawi

gempak
17/07/2022
02:55 MYT
Fizul Nawi akhirnya bersuara, tidak salahkan mana-mana pihak.
Laman Utama

“Badan Gigil, Demam, Pinggang Sampai Kaki Macam Hilang Rasa” - Nadya Syahera Kongsi Dugaan Bersalin Anak Ketiga

gempak
28/03/2022
00:02 MYT
Nervous bila dengar pengalaman Nadya ni.
Laman Utama

“Self Test Beberapa Kali Negatif, Tergerak Hati Pergi Swab Test” - Nadya Syahera Positif COVID-19

gempak
18/02/2022
05:37 MYT
Semoga dipermudahkan segala urusan Nadya sekeluarga.