,
Laman Utama

Belum 6 Bulan, Rumah Tangga Komedian Sule Diisukan Retak, Isteri Sudah 'Angkat Kaki'

Maliah Surip
22/04/2021
13:15 MYT
Rumah tangga komedian terkenal Indonesia, Sule dengan isterinya seorang mualaf, Nathalie Holscher sedang dilanda masalah.
Baru menikah sekitar bulan November tahun lalu, tak sampai setengah tahun hidup sebagai pasangan suami isteri, rumah tangga pasangan ini dilaporkan media Republik tersebut sedang berantakan.
Semuanya terhidu selepas Nathalie tiba tiba membuang semua fotonya bersama Sule dalam akaun Instagram miliknya selain mengemas kini Insta Storynya dengan keadaan dirinya sedang menangis dan menuliskan kalimat 'cukup'.
Pada saat ramai yang mengatakan apa yang dilakukan Nathalie di media sosialnya sebagai sebuah gimik atau promosi untuk mengeluarkan lagu baharu, namun ternyata perempuan tersebut diketahui telah 'angkat kaki' atau keluar daripada rumah Sule.
Tindakannya keluar dari rumah Sule bukan pertama kali, malah kali kedua dilakukan Nathalie sepanjang mereka berkahwin, begitu dakwaan nenek deejay tersebut.
Selain itu, Nathalie juga sempat curhat sebagai ibu tiri, dia sukar mendekati anak anak Sule iaitu Rizky Febian, Putry Delina Andriany Sutisna, Rizwan Adriansyach Sutisna, dan Ferdinan Adriansyach Sutisna.
"Berat juga mendekati anak anak, tapi ya biar ia mengalir saja," akuinya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Melihat isu keretakan rumah tangganya semakin hangat diperkatakan, Sule akhirnya menjawab persoalan wartawan dan netizen.
Sayangnya, komedian itu hanya memberi jawapan: "Maaf ya, ini bukan (masalah rumah tangga) bukan untuk dikongsikan dengan masyarakat."
Namun, bapa penyanyi Rizky Febian ini sempat 'meluruskan' khabar mengenai terdapat orang ketiga dalam perkahwinan mereka sehingga ia kini berantakan.
"Saya cuma mahu jelaskan. Ada salah seorang model, ya benar memang saya kenal dia. Tapi apa yang dia bicarakan seperti perbualan atau hubungan kami di media sosial, itu terjadi pada Ogos 2019 (sebelum berkahwin).
"Jadi saya tidak ada hubungan apapun dengan wanita lain, selain isteri saya," tegas Sule.
Terdahulu, seorang model mendedahkan Sule pernah mengajaknya bertemu dan mengungkapkan kata kata manis kepadanya sehingga disangka menjadi salah satu penyumbang kepada keretakan rumah tangga pasangan selebriti itu.
Isu keretakan rumah tangga merebak sejak Nathalie Holscher menghapus foto-foto Sule di akun Instagram miliknya, dan mengunggah dirinya sedang menangis.
Ia juga sempat berkisah mengenai rintangan serta beban yang dihadapi ketika membina rumah tangga bersama Sule.
Kredit Foto: Detik.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

"Tiada Apa Pun Yang Berlaku" - Heliza Nafi Rumah Tangga Berantakan, Masih Jalani Kehidupan Suami Isteri

gempak
21/11/2024
10:24 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangga dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Unitar