HIBURAN
Bellaz Kenang Jasa Suami… Tak Berkira, Banyak Bantu Beli Beras & Barang Dapur Waktu Susah - “Terus Mak Mentua Berkenan Buat Menantu”
Jurusolek terkenal, MUA Bellaz mengimbas kembali kenangan ketika ibunya bersetuju untuk menerima suaminya, Anuar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Nuart sebagai menantu.
Pikat hati ibu mentua
Menerusi hantaran di Instagram, Bellaz berkata suaminya merupakan seorang yang sangat rajin, tidak berkira dan pemurah selain sering membantu keluarganya ketika susah.
“Cinta beras cap Rambutan, teruih mak mentua berkenan amik buat menantu. Bagus lah selalu datang hantar beras, minyak, barang dapur dekat keluarga Bellaz.
“Bagi adik-adik Bellaz makan semua. Maunya saya tak jatuh cinta dekat Mat Nuart. Waktu dulu keluarga saya, ya Allah tak tahulah nak cakap macam mana.
“Susah wei susah sungguh, nak boleh sekampit beras tu jarang-jarang sekali. Bila ada orang datang bagi sekampit rasa ya Allah, gembiranya boleh makan nasi banyak hari lagi,” kongsinya menerusi hantaran tersebut.
Bellaz sanggup lakukan dua kerja sehari demi keluarga
Kongsi Bellaz lagi, disebabkan keluarganya yang susah suatu ketika dahulu, dia sanggup berkorban dengan melakukan dua kerja sehari semata-mata untuk memberi makan kepada mereka.
“Dulu kalau tiap kali nak makan, saya akan pergi beli beras yang timbang kilo itu setengah kilo, habuan bagi makan adik-adik, mak.
“Adik-adik kecil lagi, satu hari dua kerja saya buat sebab nak dapatkan duit untuk makan setiap hari.
“Selepas kenal dan jumpa dengan Mat Nuart, dialah yang banyak membantu beli keperluan untuk keluarga saya. Terima kasih Mat Buart atas segalanya,” tulisnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Bellaz:
Must-Watch Video