HIBURAN
“Bella Paling Suka Bila Orang Panggil Dia Tomey-Tomey” - Syed Saddiq
Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Setiap gelagat yang mereka lakukan pasti mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang juga rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.
Terbaharu, tular sepotong video memaparkan momen ahli parlimen Muar itu mengusik Bella.
@bassforever1 Bukan main eh YB usik Bella 🤣#syedsaddiq #bellaastillah ♬ original sound - Bae ✧
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, memaparkan sesi Bella dan Syed Saddiq sedang menyediakan adunan untuk membuat kek.
“Bella dia paling suka bila orang panggil dia tomey-tomey,” ujar Syed Saddiq.
“Stop, Stop,” balas Bella sambil tersipu malu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
“Aku pulak membayangkan macam mana YB panggil Bella ala tomey tomey.
“Bella suruh stop dulu, kang tak pasal bocor segala rahsia.
“Ini betul-betul jujur habis ni takde selindung-selindung lagi dah, semoga yang baik-baik,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua pihak bagaimanapun masih belum mengesahkan mengenai status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video