HIBURAN
Bella Astillah & Syed Saddiq Sarung Jersey Manchester United, Netizen: “Muka Kecewa Masing-Masing”
Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian ramai terutama di media sosial.
Terbaharu, tular di media sosial memaparkan kemunculan Bella dan Syed Saddiq di Piala Cabaran Maybank 2025 antara Manchester Unuted bertemu Asean All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna memuat naik sebuah video yang memaparkan Syed Saddiq dan Bella dalam Transit Aliran Ringan (LRT).
Syed dan Bella turut membalas dengan senyuman dan melambai tangan apabila individu tersebut merakam video mereka.
Pasangan yang sering mendapat perhatian itu turut menyarung jersey Manchester United bagi memberi sokongan.
“Naik LRT jumpa BASS,” tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen teruja melihat Syed dan Bella ke perlawanan tersebut.
“Sungguh humble menteri pun naik LRT,” tulis netizen.
“Muka kecewa masing-masing,” seloroh netizen.
“Mata YB alert betul kalau nampak ada kamera, nak-nak sekarang dia dah ada 4K Vision lagi la laju detect kamera,” komen netizen.
“Untung la jumpa BASS dalam train,” komen netizen.
“Haha..MU kalah YB. Nanti beri borang tukar kelab ke Liveepool ye,” sinis netizen.
“Diantara YB yang humble. Naik train tak ada hal..comel kesayangan Bella,” komen netizen.
Dalam aksi menghiburkan, gergasi bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United kempunan untuk meraih Piala Cabaran Maybank 2025 selepas dimalukan ASEAN All-Stars 0-1.
Kekalahan skuad bimbingan Ruben Amorim itu disaksikan 72,550 penyokong.
Must-Watch Video