,
Hiburan

Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram

Izwan Isa
24/04/2024
07:21 MYT
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari.

Tahu Hubungan Aliff & Sarah Yasmine

Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff.
“Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam senarai. Saya dah tahu. Cuma saya tidak tahu secara details.
“Saya berasa lega juga sebab Sarah sendiri mencari saya dan hubungi saya bagi memberitahu tentang hal ini.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk bertemu dengannya seminggu lalu. Dan sebab itu juga saya follow dia di IG. Cuma saya tak sangka dia akan dedahkan hal ini secepat itu” katanya kepada Gempak.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia sebentar tadi.

Pendedahkan Kukuhkan Dakwaan Hubungan Sulit Aliff & Ruhainies

Bella menambah, pendedahan wanita berkenaan mengukuhkan lagi dakwaan hubungan sulit yang berlaku antara Aliff dan Ruhainies
“Macam yang saya kata apa yang pihak sana dedahkan adalah benda lama. Sebab nak tutup apa yang berlaku sekarang.
“Mengenai hubungan saya dengan Aliff, saya memang tidak berhubung langsung dengannya sekarang,” katanya lagi.
Terdahulu, wanita bernama Sarah Yasmine yang dipercayai berasal dari Singapura mendedahkan kronologi hubungan sulitnya bersama Aliff di Instagram.
Menurut wanita itu, dia dan Aliff berhubungan dari Januari hingga Mac 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

gempak
20/09/2024
02:55 MYT
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.