,
Hiburan

Bella Astillah Cuak, Anak Terjatuh Dalam Tandas - "Dapat Panggilan Dari Sekolah, Allahu Berdebar..."

Asyikin Mayudin
25/06/2024
00:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi detik cemas apabila dia menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah anak sulungnya, Ayden Adrean pada petang Isnin.

Anak Jatuh Kat Bilik Air

Berdebar sepanjang perjalanan, Bella memberitahu dia bergegas ke sekolah Ayden selepas dimaklumkan anaknya itu jatuh dekat bilik air.

“Dapat panggilan dari sekolah Ayden jatuh kat toilet sekolah. Allahu berdebar sepanjang nak ke sekolah tu,” kongsi Bella menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Pada perkongsian yang sama, kakak kepada pelakon Didi Astillah itu melahirkan rasa syukur apabila anak lelakinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
“Alhamdulillah tiada apa yang serius,” kata Bella.
Menerusi perkongsian itu juga, Bella sempat membawa Ayden pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun usaha Gempak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anak Bella dan penyanyi Aliff Aziz itu gagal apabila aktres itu tidak memberi sebarang respons selepas dihubungi.
Untuk info, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Juga Memohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami Yang…” - Ibu Aliff Aziz Akan Terus Nasihat Hingga Tutup Mata
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

gempak
10/09/2024
23:55 MYT
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.