,
Laman Utama

Beli 100 Tablet, Terima 43, 000 Pesanan, Ibu Tunggal 3 Anak Autisme Terima Bantuan Ebit Lew

Maliah Surip
24/01/2021
02:50 MYT
Usaha murni pendakwah terkenal Ebit Lew membeli dan memberikan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan saat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mendapat sambutan di luar jangka.
Menerusi hantaran yang dibuat oleh Ebit di laman sosial Facebooknya, dalam masa separuh hari (kelmarin) beliau menerima 43,000 pesanan daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak masing-masing mengikuti PdPR.
Dan salah satu keluarga yang bertuah menerima sumbangan daripada Ebit adalah seorang ibu tunggal tiga anak yang menghidap autisme dan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).
Menurut laporan BERNAMA, Haslinah Hassan, 40, yang tinggal di perumahan awam Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata anak sulungnya Muhammad Nur Izzat Ismail, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) begitu kecewa dan hampir hilang semangat untuk belajar selepas komputer yang dibeli Oktober lepas rosak.
Tiga lagi anak Haslinah ialah Putri Nur Alya Batrisyia, sembilan tahun, Putra Nur Irfan Basir, tujuh tahun dan Putra Nur Izzuddin Yusuf, tiga tahun. Anak kedua dan ketiganya mengikuti program PPKI di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif manakala anak bongsunya dihantar ke pusat pemulihan dalam komuniti San Peng.
"Tiga anak saya yang bersekolah begitu meminati bidang teknologi dan Internet. Selepas desktop rosak mereka hanya belajar menggunakan telefon bimbit saya dan saya akan ambil kerja sekolah masing-masing dari sekolah mereka.
"Pada Khamis saya lihat hantaran di akaun Facebook Ebit Lew bahawa dia membeli 100 buah tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas dalam talian. Sekitar 6 petang Khamis saya menulis di ruangan komen hantaran Lew. Saya katakan tentang keadaan anak saya dan tiga daripada mereka bersekolah. Saya juga memohon agar boleh dapat satu tablet," katanya.
Haslinah berkata 45 minit selepas menulis di ruangan komen pada hantaran tersebut, beliau dihubungi pasukan Lew untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dirinya dan pada kira-kira 9.30 malam hari yang sama petugas Lew menghantar tablet itu ke rumahnya.
Beliau kemudian turut menerima sumbangan sebuah komputer riba daripada Hamba Allah untuk membantu melancarkan pembelajaran secara PdPR anak anak istimewanya.
Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak, ramai netizen yang menasihatkan agar golongan yang kurang layak agar tidak memohon tablet yang disediakan oleh Ebit supaya dapat memberi peluang kepada mereka yang benar benar tidak berkemampuan untuk memilikinya.
Antaranya, ada yang menasihati agar tablet yang disediakan Ebit dengan permintaan yang tidak setara itu diberikan kepada golongan seperti anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU).
Hal itu juga diakui oleh Ebit yang mengatakan menerima banyak permohonan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Meski demikian, beliau meminta maat kerana ada permintaan yang tidak dapat ditunaikannya berikutan permintaan yang terlalu tinggi.
"Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan bergaji kecil. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi," kata Lew dalam hantaran itu.
Kredit Foto: BERNAMA Facebook: Ebit Lew
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Catriona Ross Luah Rasa Syukur, Anak Autisme Kini Miliki MyKad - “Mommy Sebak, Kami Membayangkan…”

gempak
07/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya iaitu Jammal Al Raess Shaharuddin kini sudah menjadi pemegang MyKad.
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Hiburan

Post Anak Cerita Pasal Kemaluan, Netizen Label Zarina Zainuddin Tak Reti Jaga Aib - “Malu Azal….”

gempak
23/08/2024
04:30 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin menerima kecaman hebat oleh warganet apabila dirinya memuat naik hantaran yang disifatkan sebagai berunsur lucah di Instagram.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

gempak
18/07/2024
00:25 MYT
Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.