,
Laman Utama

Belanjawan 2024: “Penurunan Duti Hiburan Bakal Jadi Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi” - Fahmi Fadzil

Awani
14/10/2023
06:31 MYT
Pengumuman kerajaan menurunkan duti hiburan kepada sifar bagi artis tempatan dan daripada 25 peratus kepada 10 peratus untuk artis antarabangsa yang membuat persembahan di negara ini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi terutama melalui aktiviti pelancongan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata selain itu, pengumuman beberapa dana termasuk RM900 juta di bawah seliaan Bank Negara Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana dapat menggalakkan golongan itu mengguna pakai aplikasi serta teknologi 5G.
"Ini kerana kita jangka capaian bagi 5G dapat mencecah 80 peratus menjelang hujung tahun ini dan dengan rangkaian yang luas, kita harap lebih banyak, bukan hanya rakyat biasa tetapi juga syarikat terutama PKS, dapat memanfaatkan sepenuhnya," kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen baru-baru ini.
Fahmi turut menyifatkan Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini sarat dengan inisiatif yang komprehensif dan memanfaatkan setiap lapisan rakyat.
Selain itu, beliau menyambut baik pengumuman cukai perkhidmatan (SST) bagi sektor telekomunikasi dikekalkan pada tahap enam peratus.
Fahmi berkata ini kerana berdasarkan data kajian yang dilakukan (oleh Jabatan Perangkaan Malaysia), pengekalan kadar SST bagi sektor itu serta sektor makanan dan minuman akan menyaksikan tiada peningkatan harga terhadap 25 hingga 30 peratus barangan keperluan rakyat.
"Jadi ia adalah satu perkara yang sangat baik. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk penyasaran semula subsidi," katanya.
Beliau turut mengalu-alukan pengumuman pemberian RM2,000 kepada penjawat awam dan RM1,000 kepada pesara kerajaan.
"Saya percaya bagi penjawat awam, sumbangan itu sangat dialu-alukan dan kita nantikan proses semakan semula bagi gaji penjawat awam dan kita harap syarikat-syarikat swasta juga akan turut serta dalam usaha meningkatkan gaji melalui skim gaji progresif," katanya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Hiburan

Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ Memang Gempak! Siap Ambil Telefon Peminat Untuk Rakam Video

gempak
23/11/2024
13:55 MYT
Tak sampai dua jam, tapi Konsert Akon ‘The Superfan Tour’ sememangnya memberi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh peminatnya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Unitar