,
Gaya Hidup

'Beku' Di Snow World Genting Highlands! Kami Dah Cuba, Anda Bila Lagi?

Amri Hassan
08/07/2019
08:30 MYT
Ini bukan soal berani atau pengecut, tetapi cabaran Sub Zero Snow World Genting Highlands baru-baru ini melatih sejauh mana mental mampu bertahan di bawah paras beku -6 darjah selsius.
Ya, Gempak diundang Resorts World Genting bersama 30 wakil wartawan lain daripada 18 media tempatan untuk bersama-sama menyertai pengalaman itu sendiri.
Lokasi percutian dingin yang ikonik di Malaysia itu kini berwajah baharu selepas melalui proses naik taraf yang menelan belanja RM15 juta pada 2011.
Cabarannya kedengaran mudah; setiap peserta diberikan sehelai jaket tebal, but dan sarung tangan untuk bertahan selama mungkin dalam Snow World.
Namun, hanya selapisan pakaian dibenarkan untuk masuk ke dalam ruang Snow World yang berkeluasan 22,800 kaki persegi itu.
3 jam 10 minit berlalu, kebanyakan peserta mula meninggalkan Snow World dek kesejukan melampau. Yang tinggal hanya lima peserta terakhir termasuk wakil Gempak sendiri!
Masih cuba memujuk diri bertahan namun apakan daya peserta paling lama bertahan dalam suhu 16 darjah selsius itu mencatatkan masa 3 jam 50 minit yang dimenangi wakil dari Bernama dan Like Media.
Gempak dan Xuan Play sekadar berpuas hati untuk berada di kedudukan kedua dengan jumlah masa 3 jam 49 minit, beza masa cuma seminit!
Manakala, tempat ketiga dimenangi wakil Media Prima dengan catatan masa 3 jam 48 minit.
Juara menjulang hadiah trofi dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Hotel Genting Grand serta pas The Void dan Skytropolis untuk 2 orang.
Tempat kedua memenangi trofi dan pakej percutian 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi berserta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang.
Manakala, tempat ketiga membawa pulang trofi dan pakej percutian 2 hari 1 malam di Hotel Awana serta pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang.
Hadiah saguhati percutian 2 hari 1 malam di Hotel First World serta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang setiap satu diberikan kepada enam peserta saguhati.
Snow World mencuri pandangan anda dengan persekitaran salji dan pemandangan persis negara dingin di luar negara.
Malah, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain gelonsor dengan tobogan atau melontar bola salji dengan teman-teman.
Bukan hanya salji, terdapat juga seni helah 3D dan kawasan mesra foto di dalamnya misalnya iglu, English Tea Shop, French Bakery dan Italian Pizzeria.
Snow World Genting dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.20 malam dengan bayaran masuk serendah RM40 untuk dewasa dan RM30 untuk warga emas dan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

gempak
10/08/2024
02:50 MYT
Pelakon, Dayana Roza berdepan detik cemas apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Hiburan

Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat

gempak
17/06/2024
11:26 MYT
Biar hanya berselang masa setahun, kehangatan kumpulan Westlife tidak pernah padam.