HOLLYWOOD
Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Didakwa Amang Seksual, Rog*l
Hos dan pelawak Russell Brand akhirnya didakwa dengan dakwaan melakukan amang seksual sehingga merogol beberapa wanita yang dilakukan sekitar tahun di antara 1999 dan 2005.
BERITA TRENDING: Bekas Suami Katy Perry, Russell Brand Tukar Agama Lepas Dituduh Perkosa Wanita
Dakwaan itu dijatuhkan selepas Brand dikaitkan dengan empat wanita berbeza, lapor BBC.BERITA TRENDING: Didakwa Perkosa Ramai Wanita, Dannii Minogue Sifatkan Russell Brand Predator Yang Keji
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Metropolitan Police mengatakan dakwaan dijatuhkan kepada bekas suami Katy Perry itu dengan pertuduhan merogol, melakukan amang seksual serta dua lagi perbuatan jenayah seks yang sama.Brand antaranya didakwa telah merogol seorang wanita pada tahun 1999, melakukan amang seksual terhadap wanita berbeza di Westminster, di kawasan London pada 2001 dan memaksa seorang lagi wanita melakukan seks oral pada 2004.
Ironi sejak berdepan pertuduhan tersebut pada 2023, Brand menafikan semua dakwaan dalam beberapa siri siasatan polis dan temu bual antaranya bersama Sunday Times.
Bintang berusia 49 tahun itu malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sangat menyakitkan melukakan hatinya selain mengatakan hubungan bersama wanita-wanita tersebut bukan atas paksaan.
Kesnya akan mula didengar pada 2 Mei 2025.
Must-Watch Video