HIBURAN
Bekas Peserta Program Realiti B*nuh Kekasih, Kepala Masih Belum Ditemui
Seorang bekas peserta program realiti mencari jodoh dilaporkan membunuh dan memotong anggota badan kekasihnya dalam satu insiden yang berlaku baru-baru ini.
Tamika Chesser, 34, yang pernah terlibat dengan program Beauty and the Geek Australia juga tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuas mengenai ‘kehilangan’ kepala kekasihnya yang masih belum ditemui.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Polis Australia Selatan, Chesser membunuh teman lelakinya, Julian Story, 39, sebelum memotong termasuk kepala yang belum ditemui di kediaman mereka di Port Lincoln, Australia Selatan sekitar pukul 3.30 petang waktu tempatan.
“Pihak polis dan pasukan kecemasan melihat anggota badan Story yang telah dipotong di lokasi kejadian. Namun kami belum menemui kepalanya,” ujar kenyataan itu lapor People.
Perbuatan jenayah Chesser terbongkar selepas seorang jiran memanggil pihak berkuasa apabila melihat kediaman wanita itu mengeluarkan asap.
Ironi jirannya bertanya kepada Cheeser mengenai asap yang keluar namun wanita itu hanya menjawab ‘tiada apa’ sebelum mengunci pintu depan dan membawa anjing peliharaannya mengambil angin.
Pihak berkuasa tempatan percaya jenayah yang berlaku berkaitan dengan masalah percintaan.
Cheeser yang ditangkap dan kini berada dalam pengawasan pihak gangguan kesihatan mental. Mahkamah tidak membenarkan wanita itu diikat jamin.
Cheeser menjadi peserta Beauty and the Geek Australia pada tahun 2010.
Must-Watch Video