,
Laman Utama

Bekas Peserta Miss Korea 2020 Meninggal Dunia Selepas Pembedahan Gagal

Maliah Surip
27/06/2023
14:40 MYT
Bekas peserta Miss Korea 2020 yang kemudian menjadi pemberita, Lee Yeon Je, dilaporkan meninggal dunia selepas pembedahan penyakit yang tidak dinyatakan gagal.
Yeon Je yang juga merupakan bekas peserta Miss Korea Daegu 2020 meninggal dunia pada usia 26 tahun.
Media tempatan melaporkan Yeon Je yang kini berkhidmat sebagai pemberita di MBN TV(Maeil Broadcasting Network) menyatakan dirinya mengambil cuti sakit sebelum menjalani pembedahan untuk mengatasi penyakit yang dialami.
Namun dia yang terkenal sebagai pembaca berita segmenen News 7 dan Economic Reporter M disahkan meninggal dunia selepas tidak bangun usai pembedahan berlangsung.
Terdahulu wanita tersebut sempat berkongsi perkembangan terkini tanpa memperincikan penyakit yang dialami di platform media sosialnya.
“Sejak lebih dua bulan lalu saya menangis, tersenyum, sakit dan pulih.
“Terima kasih untuk semua pihak, rakan kerja yang baik. Saya telah melunaskan pekerjaan terakhir semalam dan kini mengambil cuti sakit,” tulis Yeon Je di Instagramnya seperti dilaporkan Koreoboo.
Sementara itu pihak MBN TV turut melahirkan rasa dukacita di atas kematian Yeon Je.
“Ini adalah khabar yang mengejutkan dan dukacita buat keluarga mendiang serta stesen televisyen kami,” kata MBN TV dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.