,
Hiburan

Bekas Penyampai Radio, Gary Ratnam Abdullah Ditemui Mati

Fiza Kamarudin
11/07/2020
17:42 MYT
Bekas deejay sebuah saluran radio tempatan, Gary Ashraf Ratnam Abdullah, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy ditemukan mati di kediamannya di Seremban, pada Sabtu.
Menurut sumber, jenazah ditempatkan di bilik mayat Hospital Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.
"Bedah siasat mungkin dilakukan pagi esok (Ahad)," kata sumber.Rakan Allahyarham yang juga deejay TraxxFM, Nigel Green ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, dia terkejut menerima berita kematian Gary.
Kali terakhir saya berjumpa dengar dia kira-kira dua tahun lalu," katanya yang menyifatkan Allahyarham seorang yang periang dan peramah.
Allahyarham dikatakan memeluk Islam selepas berkahwin dengan pilihan hatinya.Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi.
"Setiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya dan disahkan telah meninggal dunia," kata beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Jelasnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Gary sebelum ini popular dalam program Morning Zoo dengan panggilan 'Gary, the Scamboy' di Traxx FM bersama rakannya '1 Singh' yang diperkenalkan pada 2011.
Traxx.FM merupakan radio berbahasa Inggeris di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.