,
Laman Utama

Bekas Pelajar UPM & Aktivis Palestin, Dr Refaat Alareer Syahid Dalam Serangan Udara Israel

Muhammad Firdaus
08/12/2023
07:55 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan tidak bertemu titik noktah kerana tindakan Israel laknatullah yang tidak henti-henti membedil penduduk di Gaza.
Terbaharu, seorang profesor, aktivis, penulis dan penyair, Dr Refaat Alareer turut syahid dibom dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel.

BERITA TRENDING: Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ

Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Platform X, di mana pemilik akaun itu menzahirkan rasa sayu dengan pemergian arwah.
“Pagi yang sedih buat admin dan semua warga maya. Admin masih berasa sedih lagi dengan kesyahidan Dr. Refaat Alareer.
“Cuba anda lihat ciapan beliau tentang Malaysia. Sungguh dekat Malaysia dengan hati beliau.”
Admin masih berasa sedih lagi dengan kesyahidan Dr Refaat al-Ar'eer.
Cuba anda lihat ciapan beliau tentang Malaysia.
Sungguh dekat Malaysia dengan hati beliau. pic.twitter.com/LwXNRS3yax— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 8, 2023 Melihat kepada ciapan itu, netizen Malaysia melafazkan rasa sedih serta memanjatkan doa untuk arwah.
“Innalillah. Moga syurga buatmu,”
“Dah lah follow dia. Al-fatihah,”
“Memang sangat sedih! Ya Allah, memang kejam Israel ni.”
Untuk info, Dr. Refaat Alareer merupakan seorang yang lantang bersuara tentang isu di Palestin dan pernah menulis buku berkaitan konflik tersebut yang berjudul Gaza Writes Back: Short Stories from Young Writers in Gaza, Palestine (2014).
Arwah juga pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang kedoktoran pada tahun 2014.
Kali terakhir arwah berkongsi hantaran di platform X adalah sekitar tiga hari lalu.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.