VIRAL
Bekas Gabenor Bersuara, Tolong Bantuan Kuliah Model Majalah Dewasa: “Dia Sudah Hamil…”
Tidak duduk diam, mantan gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil pantas membersihkan namanya dengan menafikan telah menjalin hubungan sehingga memiliki anak dengan model dewasa, Lisa Mariana.
Ridwan menerusi kenyataan yang diberikan lewat media sosial juga menyifatkan dakwaan Lisa mengenai asmara mereka adalah sebagai fitnah dan keji.
Namun Ridwan mengaku mengenali wanita itu dan pernah menghulurkan bantuan kepadanya beberapa tahun lalu.
“Permasalahan ini sudah diselesaikan sejak empat tahun lalu dengan bukti-bukti yang tepat dan tidak boleh dibantah bahawa dia (Lisa) sudah hamil sebelum bertemu saya dan telah meminta maaf di hadapan keluarganya,” ujar kenyataan yang dikeluarkan seperti dilaporkan Kompas.
Sambil meminta doa agar diri dan keluarganya dijauhi fitnah pada bulan mulia Ramadan, Ridwan juga memberitahu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lisa.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan Ridwan, Lisa dilihat menyindir ahli politik itu dengan persoalan: “Hanya berjumpa satu kali untuk urusan kuliah?”
Terdahulu wanita tersebut berkongsi bukti seperti gambar, video dan perbualan mereka di beberapa aplikasi.
Must-Watch Video