HIBURAN
Bekas Bintang Realiti Dituduh Hamil Sebelum Nikah, Perut Buncit Masa Pre Wedding
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia Indonesia (AFI), Mawar, sedang berbahagia kerana akan melepas zaman daranya apabila akan menikah dengan kekasih, Kevin Arthur Loegiman.
Mawar yang merancang berkahwin dalam masa terdekat berkongsi kebahagiaannya menerusi foto pre wedding bersama Kevin.
Namun bukan hanya pujian yang diterima tetapi ada dalam kalangan netizen menuduh Mawar yang baru lima bukan berkenalan dengan Kevin ingin berkahwin kerana sudah hamil.
Tidak duduk diam, Mawar terus menjawab tuduhan tidak berasas tersebut. Selain membuat kenyataan dia juga menegur sikap netizen.
"Kenapa perut saya buncit? Belum hamil ya. Doa kalau Tuhan izinkan, semoga anak kami sihat tanpa kurang apa pun, mengingat anak kami sudah banyak dan usia saya tidak muda lagi," tulis Mawar AFI seperti dilaporkan Detik.com.
Wanita berusia 39 tahun itu juga mengaku yakin berkahwin dengan Kevin walau tidak setengah tahun berkenalan kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan kekasihnya.
"Dia bukan tipikal orang yang banyak janji, dari awal dia tidak pernah menjanjikan saya apa-apa, tapi dengan effort-nya dia dari Amerika Syarikat datang ke Indonesia dalam waktu lima bulan dia sudah dua kali ke Indonesia, itu effort yang besar buat aku," terang Mawar AFI.
Setelah menikah, dia akan mengikut suaminya menetap di Amerika Syarikat.
Must-Watch Video