,
Terkini

Begini Cara Nak Mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tiga Jenis Pendapatan Kasar

Izwan Isa
03/11/2023
14:50 MYT
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.
Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023.
"Mereka akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia bagi membantu menangani cabaran kos sara hidup.
Sementara itu, Kementerian Kewangan memaklumkan sebagai penambahbaikan kepada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.
Menurut kementerian itu, mulai hari ini, individu yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun berbanding proses permohonan STR 2023 yang hanya dibuat setahun sekali.
"Ini bagi memastikan mereka yang layak namun tiada dalam pangkalan data kerajaan boleh tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat," katanya.
Selain itu, bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan dan data berkenaan akan disemak silang dengan data daripada beberapa agensi kerajaan bagi memastikan kelayakan STR 2024 mengikut syarat ditetapkan.
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut manakala semakan status pembayaran dan kelulusan rayuan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.