Hiburan

Bayi Meninggal Dunia Di Taska Buat Uyaina Arshad Takut Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan - “Hancur Hati Baca Luahan…”

gempak
Asyikin Mayudin
10/01/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Bayi Meninggal Dunia Di Taska Buat Uyaina Arshad Takut Nak Hantar Anak Ke Pusat Asuhan - “Hancur Hati Baca Luahan…”
Gara-gara kes kematian di pusat asuhan kanak-kanak, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meluahkan rasa bimbang untuk menghantar anak ke pusat asuhan atau taska.

Bimbang & takut

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, insiden sedemikian membuatnya berasa bimbang dan takut.

"Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak. Nak cari taska dan tadika buat saya jadi takut,” kata pelakon berusia 33 tahun.

Uyaina berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya selepas memuat naik berita mengenai kematian seorang kanak-kanak didakwa berpunca daripada kecuaian pihak taska.

Insiatif sendiri

Bagaimanapun Uyaina berkata, tidak salah untuk ibu bapa di luar sana mahu menghantar anak ke taska, namun perlu mempunyai inisiatif sendiri membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menempatkan anak mereka.

"Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada taska itu berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

"Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat serta ditutup,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024