Bayaran Tak Setimpal! Kereta Remuk Teruk Tapi Hanya Dibayar Dengan Coklat Dan Sekeping….
Seorang wanita menerima nasib malang apabila kereta yang diparkir telah dilanggar oleh pemandu tidak dikenali.
Lebih menyakitkan hati, bayaran ganti rugi yang diletakkan pada cermin hadapan langsung tidak setimpal.
Bayaran ganti rugi itu hanyalah dua bar coklat dan sekeping nota permohonan maaf.
“Minta maaf atas kerosakan, saya tidak mampu nak bayar ganti rugi.
“Terimalah coklat daripada saya ini,” tulis individu tersebut pada nota berkenaan.
Video rakaman berdurasi 14 saat itu kini viral di Twitter.
Biarpun bersimpati dengan nasib malang wanita tersebut, tata-rata netizen terhibur dengan bayaran yang tidak setimpal itu.
“Patut dia kasi maggie je,” kata seorang pengguna Twitter.
“Lawak weh, ingat budak-budak ke nak bagi coklat,” kata seorang lagi pengguna Twitter.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
— #ʀᴇᴍᴘɪᴛʟᴏɢɪᴄ (@rempitlogic) August 31, 2020