,
Laman Utama

“Bayar Sedikit-Sedikit Pun Jadilah” - Penganjur Buat Senyap, Caliph Busker Tagih Bayaran Persembahan

Izwan Isa
19/12/2022
23:50 MYT
Kumpulan Caliph Busker mendedahkan yang mereka masih lagi belum menerima bayaran menerusi persembahan yang dijayakan pada 9 dan 10 Disember lalu.
Menerusi kemas kini di Instagram, Calip Busker yang turut berkongsi surat perjanjian bayaran persembahan berkata, mereka bertindak mendedahkan hal tersebut kerana mereka benar-benar memerlukan wang.
“Kepada pihak penganjur yang berkenaan, tujuan kami membuat perkongsian ini ialah sebagai memberitahu kalian yang kami ahli kumpulan Caliph Buskers berserta crew sangat memerlukan wang yang telah dijanjikan kepada kami dari kerja yang sudah pun kami laksanakan.
“Setelah tolak ansur yang kami berikan termasuk tidak memaksakan deposit yang sepatutnya kami ambil sebelum persembahan, kami juga memohon sangat-sangat tolak ansur kalian untuk dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami.
“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian. Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,” kata mereka.
Dalam pada itu, mereka turut memberitahu yang wang bayaran persembahan itu akan digunakan sebagai duit belanja bagi anak dan isteri mereka.
“Kami telah mengeluarkan kos untuk membayar minyak, tol dan gaji krew kami. Kami juga telah meluangkan masa, tenaga dan meninggalkan ahli keluarga kerana tempat persembahan yang jauh dengan harapan dapat membawa duit belanja untuk anak dan isteri kami.
“Setelah itu semua kami lakukan, takkanlah satu sen pun kami tak dapat terima dari kalian? Tolonglah kami. Kalau tak mampu bayar penuh, bayar sedikit-sedikit pun jadilah. Ini satu sen pun tak ada.
“Mohon kalian kasihankan kami sebelum kasihan kami pada kalian hilang dan memaksa kami bertindak tidak seperti yang kalian inginkan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Gaya Hidup

10 Hingga 13 Peratus Penjawat Awam Bankrap Sejak 2021 Hingga Tahun Ini

gempak
09/09/2024
08:46 MYT
Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Viral

Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

gempak
09/09/2024
05:37 MYT
Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.