,
Berita

“Baucar Petrol, Diesel Program Nak Balik Beraya Ke Pahang Inisiatif Murni” - Jaja Ishak

Izwan Isa
08/04/2024
15:55 MYT
Penerbit Jaja Ishak menyambut baik inisiatif kerajaan Pahang dalam memberikan bantuan kepada anak jati negeri itu untuk pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anak rantau

Jaja berkata, hal tersebut dapat memberi peluang kepada mereka yang merantau untuk mudah pulang ke kampung halaman meraikan hari bahagia bersama keluarga tersayang.
“Sebagai anak Pahang, tentulah saya berasa kagum dan gembira dengan inisiatif kerajaan negeri Pahang ini.
“Pada mulanya, kerajaan negeri beri baucar minyak kepada anak-anak rantau yang berada di luar Pahang untuk sekitar 1,000 orang.
“Tetapi baru-baru ini, MB Pahang telah bersetuju untuk tambah lagi kuota menjadi 5,000 baucar kepada anak-anak Pahang. Bantuan ini dapat memudahkan mereka yang merantau pulang ke kampung meraikan hari mulia bersama keluarga dan juga saudara mara,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, kerajaan negeri Pahang menambah 4,000 baucar petrol dan diesel untuk Program Nak Balik Beraya Ke Pahang pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,000 baucar.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pemberian tambahan itu dilakukan berikutan sambutan memberangsangkan daripada anak Pahang yang merantau untuk pulang ke negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar-Pelajar UPNM Ini Naik Pesawat TUDM Balik Sabah Sambut Hari Raya

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"

gempak
24/04/2024
12:48 MYT
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Hiburan

Jaja Ishak Tak Percaya Artis Kontroversi Boleh Naikkan Rating Drama! - "Saya Tak Nak Pening Kepala"

gempak
11/04/2024
11:30 MYT
Penerbit Jaja Ishak punyai prinsip untuk tidak bekerjasama dengan pelakon yang boleh memeningkan kepala dan terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Hiburan

Pernah Viral Cover Lagu Dawai, Iman Darwasy Teruja Hiburkan Orang Pahang! - "Ini Kali Pertama Saya ..."

gempak
13/02/2024
11:03 MYT
Meskipun baru melangkah ke bidang seni, penyanyi cilik Iman Darwasy, 13 tahun ternyata teruja apabila bakatnya mula disedari umum tatkala kebanyakan video nyanyiannya tular di media sosial.
Laman Utama

PU Lokman Terkejut Lagu Haruman Terindah Viral - "Ia Satu Usaha Dakwah Dalam Hiburan"

gempak
08/09/2023
04:56 MYT
Jaja Ishak, penerbit Haruman Terindah optimis untuk mencari bakat baharu.
Laman Utama

Jaja Ishak Tiada Masalah Terus Bekerjasama Dengan Hafidz Roshdi - "Dia Berdisiplin, Call Time Bagus, Harga Ok"

gempak
09/04/2023
07:55 MYT
Semuanya bergantung pada kelulusan stesen tv juga.