,
Laman Utama

Batik, Songket, Sutera, Sari Malaysia Setanding Antarabangsa! Bkay Nair Intai Pengiktirafan UNESCO

Amri Hassan
03/10/2023
13:52 MYT
Pelakon dan model, Bkay Nair mahu memperjuangkan keunikan fabrik tradisional Malaysia ke pentas dunia termasuk mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Bintang filem Ratu The Movie itu berkongsi, bagi mencapai tujuan itu, dia bakal menganjurkan satu pertunjukan fesyen warisan Navarasa: Warna Gabungan Emosi Dan Fesyen pada 14 Oktober ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
"Ia akan menampilkan 11 pereka feksyen, ketegori pelajar dan pereka berpengalaman, yang akan mempamerkan sejumlah 77 rekaan unik menggabungkan fabrik tradisional seperti batik, songket, sutera Malaysia, dan sari dengan estetika rekaan kontemporari.
"Lebih menarik, bersempena dengan pertunjukan fesyen itu beberapa bengkel berkaitan fesyen dan fabrik tradisional akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober ini yang menghimpunkan penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam," katanya.

3 anugerah

Bkay yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 berkata, acara anjuran syarikatnya Bkay Nair Resources (BNR), itu juga bakal memberikan tiga anugerah keunggulan pereka yang akan diumumkan pada hari pertujukan fesyen nanti.
Dia berkata, tiga anugerah itu ialah Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif dan Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik.
Tambahnya, objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.
Ia juga bertujuan mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.

Intai peluang pengiktirafan UNESCO

Malah selaku Pengarah pertunjukan fesyen itu Bkay juga mahu mengintai peluang pengiktirafan daripada UNESCO.
"Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.
"Saya mahu dalam setiap benang dan corak tekstil ini, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada sejarahnya, budayanya, dan hasrat seninya yang berterusan," katanya.
Akuinya, sebagai anak jati Malaysia dirinya berbangga dengan seni serta budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sangat tinggi nilainya.
Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa.
Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.