,
Viral

Baru Peluk Islam & Hanya Tahu Baca Al-Fatihah, Dian Sastrowardoyo Kenang Kisah ‘Dikacau’ Makhluk Di Bali

Izwan Isa
19/03/2024
12:55 MYT
Pelakon popular, Dian Sastrowardoyo berkongsi kisah seram yang dialami ketika mengunjungi Bali lebih 20 tahun lalu.
Kepergian Dian ke sana tidak lama selepas tragedi pengeboman yang berlaku di sana pada Oktober 2002.
“Saya masuk ke sana, sunyi sangat dan ada aktiviti berjalan. Kami nampak tapak pengeboman, bau masih, aduh… bau hangus bercampur bau aduh… suasana tidak berapa sedap.
“Saya di sana sangat sensitif,” katanya ketika menjadi tetamu di podcast Denny Sumargo baru-baru ini.
Sempat melihat tempat kejadian pada siang hari, perasaan takut menyelubungi Dian sungguhpun selepas kembali ke bilik hotel.
Lebih memburukkan keadaan, Dian tidak mampu melelapkan mata pada malam itu.
“Rasanya sangat menakutkan di sana. Saya sebilik dengan rakan saya iaitu Raya Makarim. Dia tidur lena, saya tidak boleh tidur.
“Saya rasa macam ada yang datang ke dalam bilik. Ramai, macam sesak satu bilik itu,: tambahnya lagi.
Tambah Dian, dia yang pada ketika itu baru sahaja memeluk Islam hanya mampu membaca surah Al-Fatihah.
Ketika itu Dian yang baru memeluk Islam baru belajar membaca ayat Al Fatihah. Dia juga solat di tengah malam.
"Saya baru tahu baca Al-Fatihah kan.. Jadi malam itu saya berdoa. Itu merupakan titik terendah dalam hidup saya. Saya rasa macam nak mati,” katanya.
Walaupun dia tidak dapat melihat ‘makhluk’ tersebut, dia mengakui bahawa dia dapat merasakan kehadiran mereka.
"Saya tak mampu ‘nampak’, saya bukan orang yang boleh lihat (hijab terbuka). Tapi saya rasa benda itu di situ, rasa macam sibuk sangat, macam dah makin dekat dekat dengan saya," katanya.
Perasaan itu membuatkan Dian takut dan hanya mampu berdoa.
"Ia seperti disambut oleh ramai orang di kampung," tutup Dian.
Sumber: Suara.com

BERITA TRENDING: Dian Sastro Pernah Anggap Islam Kejam, Kini Bersyukur 20 Tahun Jadi Mualaf

BERITA TRENDING: Ada Buku Dalam Tandas, Ruang Kerja Macam Pejabat Dumbledore, Rumah Dian Sastrowardoyo Tular! - “Gila,…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ibu Katolik, Bapa Buddha, Dian Sastro Pilih Peluk Islam: “Jawapan Yang Dicari Ada Dalam Al Quran”

gempak
18/03/2024
14:00 MYT
Aktres berkaliber Indonesia, Dian Sastrowardoyo diketahui cemerlang dalam kariernya.
Laman Utama

6 Bulan Dian Sastrowardoyo Berkurung, Dengar Lagu Gamelan Demi 'Gadis Kretek'! - "Saya Berhenti Jumpa ..."

gempak
06/11/2023
06:50 MYT
Dian akui bukan mudah bawa watak itu.
Laman Utama

Dian Sastro Jadi Pensyarah, Netizen: “Pergi Kuliah Macam Sesi Meet & Greet”

gempak
11/05/2023
13:50 MYT
Dian jadi pensyarah?
Laman Utama

Dian Sastro Pernah Anggap Islam Kejam, Kini Bersyukur 20 Tahun Jadi Mualaf

gempak
26/04/2022
02:55 MYT
Dian yang dulunya menganut agama Katolik memeluk Islam sekitar 20 tahun lalu.
Laman Utama

Ada Buku Dalam Tandas, Ruang Kerja Macam Pejabat Dumbledore, Rumah Dian Sastrowardoyo Tular! - “Gila, House Goals!”

gempak
21/02/2022
13:12 MYT
Macam rumah di negara orang putih!