,
Laman Utama

Baru Lahir, 'Anakanda' Siti Nurhaliza Sudah Ada Lagu Khas & Muzik Video

Maliah Surip
26/04/2021
06:50 MYT
Lagu Comel Pipi Merah menjadi sebuah lagu trending pada tahun 2018 selepas penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza mengabadikan lagu ciptaan beliau untuk anak yang sedang dikandung, Siti Aafiyah.
Umum sudah mengetahui bahawa Siti telah selamat melahirkan anak kedua pada 19 April 2021 dan turut mencipta sebuah lagu berjudul Anakanda yang dituju khas buat puteranya.
Lagu Anakanda dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, Legasi yang dilancarkan pada 1 April 2021. Lagu ciptaan Siti sendiri dan lirik oleh Rozisangdewi merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang.
Album Legasi diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia.
Menurut Siti, beliau mencipta lagu Anakanda ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.
"Siti memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, Legasi. Lagu ini diterbitkan oleh Pown Hasril.
"Lagu Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir," jelas Siti.
Tambah beliau, Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.
"Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata," kata Siti.
Siti juga telah menyiapkan video muzik lagu Anakanda dan bakal disiarkan secara rasmi di saluran YouTube Siti Nurhaliza pada hari Isnin, 26 April 2021, jam 9 malam. Video muzik ini mendapat tajaan dan kerjasama daripada syarikat Cuckoo.
Saluran YouTube Siti Nurhaliza juga turut melancarkan peraduan khas sempena single terbaharu ini dan akan diumumkan pada 26 April 2021.
Instagram: @ctdk
Tonton video penuh di Awani: AWANI x GEMPAK I Siti Nurhaliza lancar 'Anakanda' untuk puteranya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.