,
Laman Utama

Baru Je Mula Tapi Ramai Yang Dah Suka! Ini 7 Karakter Utama Dalam Drama One Million Dollar Voice

Mya Amri
31/08/2023
08:55 MYT
Walaupun baru dua episod disiarkan, namun drama yang memaparkan kisah-kisah di sebalik pembikinan rancangan realiti nyanyian iaitu One Million Dollar Voice mendapat respon positif netizen.
Berikut merupakan pengenalan tujuh watak utamanya.
#Lah Ahmad sebagai Joe Joe dilakonkan oleh Lah Ahmad merupakan seorang suami yang desperate untuk menyertai pertandingan realiti ini kerana takut isterinya menganggap dia seorang suami yang tidak berguna.
#Emma Maembong sebagai TJ Merupakan seorang penerbit yang mempertaruhkan kehidupan peribadinya demi mempertahankan reputasi program nyanyian itu.
#Tracie Sinidol sebagai Aida Aida terpaksa mengorban keinginan demi mengikut kehendak ibunya iaitu Hasnah untuk menyertai program nyanyian berkenaan.
#Neeta Manis sebagai Sheila Sheila merupakan seorang wanita yang sangat mempercayai ilmu kurafat, dia menganggap ilmu itu dapat membantunya untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan itu.
#Amelia Henderson sebagai Zana Agak mencabar buat Amelia kerana watak Zana merupakan seorang pelacur yang cuba untuk melepaskan diri dari kancah dunia gelap dengan cara mencuba nasib dengan menyertai program realiti berkenaan.
#Ben Amir sebagai Ali Ali iaitu seorang penggali kubur moden nekad memasuki program realiti nyanyian untuk mengubah dirinya demi bakal isteri.
#Layla Sania sebagai Bella Antara watak yang agak menarik dalam drama ini iaitu Bella, seorang Influencer cantik tapi bimbo yang taksub dengan populariti.
Menariknya lagi, drama ini juga turut menampilkan beberapa selebriti tanah air sebagai bintang jemputan Ayda Jebat, Ceddy Ang, Ara Johari, Cat Farish, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Penerbit dan pengarah One Million Dollar Voice iaitu Michael Ang juga tidak ketinggalan membintangi drama ni sebagai salah seorang juri jemputan untuk episod ujibakat program nyanyian.
Rata-rata penonton juga memberikan maklum balas yang positif untuk drama One Million Dollar Voice ini.
Mereka juga menyatakan rasa tidak sabar untuk mengetahui kisah lanjut semua karakter yang ada dalam drama ini.
Dijangkakan akan ada banyak plot yang tidak dapat diagak.
Drama ini juga ternyata agak berbeza dengan drama-drama yang sedang ditayangkan sekarang.
Persembahan visual yang baik disertakan juga dengan lakonan mantap para pelakon, boleh dikatakan setaraf drama-drama netflix.
Plot drama yang banyak dan tidak membosankan membuatkan penonton ternanti-nanti apa yang akan jadi pada episod yang akan datang.
Saksikan One Million Dollar Voice setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh distrim menerusi aplikasi On Demand di Astro Box dan juga Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.