,
Laman Utama

Baru 2 Kali Ke Sarawak, Wany Hasrita Teringin 'Berguru' Dengan Ibu Mentua

Shahrin Zulkifle
30/09/2022
10:00 MYT
Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, penyanyi Wany Hasrita akui masih dalam proses menyesuaikan diri bergelar seorang isteri dan menantu kepada keluarga suaminya, Al Adib Fahmi.
Jelas Wany, dirinya terbuka untuk belajar mengenai hal rumah tangga dengan lebih mendalam lagi.
“Kehidupan saya sekarang masih lagi sedang menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza.
“Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga.
“Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja, tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” katanya.
Wany ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah pelantun lagu Menahan Rindu itu, dia turut memasang niat untuk belajar beberapa resepi air tangan masakan ibu mentuanya, namun masih belum berkesempatan.
“Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja.
“Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya.
“Saya pula belum ada kesempatan untuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk.
“Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi-lagi masakan asal negeri itu (Sarawak)” tambahnya.
Selain Wany, Konsert Caggung Datuk Jamal Abdillah turut membariskan penyanyi tanah air seperti Jamal Abdillah, Amir Masdi, Amelina, Aweera dan Khai Bahar.
Konsert yang bakal berlangsung pada 29 Oktober depan itu memilih Dewan 2020, Kangar, Perlis sebagai lokasinya.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM99 (Ghazal Untuk Rabiah), RM119 (Kepadamu Kekasih), RM299 (Seroja), RM499 (Kekasih Awal & Akhir) dan RM10,000 (VIP Box : 10 pax with Meet & Greet). Untuk maklumat lanjut, layari www.zeelproduction.com atau nombor hotline 012-3530611.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

gempak
13/09/2024
02:36 MYT
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Menciap Sedih & Penat, Ini Penjelasan Amir Masdi - "Sebenarnya, Semua Ayat Itu ..."

gempak
13/08/2024
13:55 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan dirinya dalam keadaan baik selepas mencetuskan tanda tanya mengenai ciapannya di platform X baru-baru ini.