,
Viral

Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

Muhammad Firdaus
06/05/2024
08:55 MYT
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.

Cinta Itu Buta

Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Wangunjaya, Daerah Naringgul, Cianjur, Indonesia, lelaki yang dikenali sebagai Adinda Kanza berjaya mengaburi mata AK, 26, sehingga mereka disatukan.
Jelas AK, dia pada awalnya tidak menyangka bahawa Adinda merupakan seorang lelaki walaupun telah bercinta selama setahun.
Kecurigaan terhadap Adinda mula timbul dalam diri AK selepas isterinya itu selalu menolak untuk melakukan hubungan intim selain tidak suka bergaul dengan keluarga suaminya dan masyarakat setempat.
Dalam pada itu, pihak polis yang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut tidak menafikan bahawa Adinda sememangnya tidak ubah seakan-akan wanita apatah lagi dirinya sering mengenakan pakaian perempuan setiap kali keluar rumah.
“Bila dia bersolek memang mirip wanita, jika diperhatikan daripada foto pernikahan mereka juga terlihat seperti wanita, suaranya juga lembut, jadi langsung tidak menimbulkan keraguan bahawa dia adalah lelaki," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Naringgul, Bripka Ridwan Taupik.

Adinda Ditahan

Susulan pembongkaran berkenaan, Adinda telah pun ditahan selepas keluarga AK membuat laporan polis berhubung isu berikut.
Terdahulu, disebabkan rasa ingin tahu keluarga AK turut melakukan siasatan dengan pergi sendiri ke rumah keluarga Adinda di Ciadun.
Kenyataan sebenar terbongkar setelah ayah Adinda mengatakan bahawa anaknya itu adalah seorang lelaki.
"Keluarga AK sangat terkejut dengan fakta itu, sebab semasa mereka dinikahkan Adinda mengatakan bahawa ayahnya hilang, hingga mereka dinikahkan oleh wali hakim.
"Setelah itu keluarga AK, mendapatkan Adinda hinggalah dia mengakui bahawa dia sebenarnya adalah seorang lelaki," ujar Ridwan.

BERITA TRENDING: Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!

BERITA TRENDING: Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Sumber: Detik
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.