,
Laman Utama

Barkoba Jadi Kuat, Pak Karim Boleh Berlari Pantas, Apa Alien Ni Dah Buat Pada Penduduk Kampong Pisang?

Azwa Rahman
22/02/2021
06:20 MYT
Drama premium terbitan Astro Originals, Kampong Pisang Bersiri-siri akan menemui penonton dengan episod ke-12 berjudul Alam Pak Din (bahagian 2) pada malam ini.
Diarahkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid, episod kali ini menampilkan pelakon jemputan Nasir Jani dan Faizal Chal sebagai makhluk asing yang menaiki UFO dan singgah di Kampong Pisang.
Kejadian aneh bermula apabila Barkoba menjadi gagah, Wani menjadi pintar dan Pak Karim berlari pantas.
Penduduk Kampong Pisang semakin hairan dengan kuasa yang mereka ada dan ramai yang berpendapat semua ini datang daripada alien yang mendarat di situ.
Macam-macam kejadian pelik yang berlaku sejak kedatangan mereka.
Kampong Pisang Bersiri-siri menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.
Malah, turut memperkenalkan watak sampingan baru seperti Pak Kasim, Pak Din ‘Pest Control’, Pak Karim dan Cik Chun.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember ini, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Sudah 40 Tahun Ahli Astronomi Tunggu Makhluk Asing Balas Mesej, Apa Hasilnya?

gempak
02/09/2023
14:56 MYT
Dua orang ahli astronomi dari Universiti Standford masih menanti jawapan