,
Laman Utama

Bapa Positif Covid-19 Tenat, Azlan Reda – “Doktor Bagitahu Bila-Bila Masa Sahaja Mesin Bantuan Pernafasan Akan Dicabut…”

Fiza Kamarudin
20/04/2021
23:50 MYT
Vokalis Azlan & The Typewriter, Norazlan Roslee reda dengan keadaan bapanya yang kini tenat di Hospital Serdang kerana positif Covid-19.
Norazlan atau Azlan ketika ditemui Gempak berkata, bapanya disahkan positif sejak dua minggu lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas satu minggu dirawat.
Menurut Azlan tidak ada apa yang mampu dilakukan selain doa dan mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT.
“Saya reda selepas dimaklumkan oleh adik petang tadi (Selasa) tentang keadaan ayah yang semakin tenat.
“Sejak seminggu lalu ayah menggunakan mesin bantuan pernafasan dan menurut adik bila-bila masa sahaja ia akan dicabut.
“Tidak mampu untuk saya luahkan dengan kata-kata melainkan mendoakan urusan beliau dipermudahkan,” katanya sebak.
Tambah Azlan, kali terakhir bertemu bapanya sebulan yang lalu, beliau masih dalam keadaan sihat.
“Sebulan yang lalu, dia masih sihat dan kami meluangkan masa bersama seperti biasa. Memang keluarga saya ada sejarah penyakit kencing manis.
“Tetapi tidak mengapalah, jika sudah masanya dia pergi saya ikhlaskan hati. Walaupun tidak dapat bertemu atau melawat beliau disebabkan SOP yang ditetapkan pihak hospital.
“Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya.
Dalam pada itu, Azlan berkata ahli keluarganya yang lain disahkan negatif Covid-19.
“Covid is real. Tak ada istilah agenda Yahudi atau apa. Berhentilah berspekulasi kerana bila terkena pada diri sendiri baru anda tahu perasaannya bagaimana,” ujarnya mengakhiri perbualan.
Azlan ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music yang bertempat di 10 Gram Café , IOI Boulevard, Puchong, petang Selasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.