,
Hiburan

Banyak Saya Belajar Di Pengasih Sepanjang Ramadan Tahun Lepas – Zamani

Ahmad Shah
10/06/2016
07:03 MYT
Vokalis kumpulan Slam, Zamani mengaku banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang Ramadan tahun lepas ketika mendapatkan rawatan pemulihan dadah.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 45, berterima kasih kepada Rumah Pengasih kerana telah membuka matanya dalam banyak perkara.
“Jujur saya katakan jika terkenang kembali saat menyambut Ramadan di sana (Pengasih), saya rindu. Berbuka beramai-ramai, solat terawih, bertadarus dan banyak lagi untuk mengisi masa saya lakukan.
“Sambutan Ramadan di sana meriah kerana kami ramai. Suasana sentiasa meriah. Aktiviti pula sentiasa ada dan saya juga belajar menjadi seorang yang lebih disiplin,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Zamani lagi, kenangan menyambut Ramadan di Pengasih akan sentiasa menjadi kenangan manis dalam hidupnya.
“Tahun ini saya berpuasa di ‘luar’ dan itu membuatkan saya teringat kembali semua perkara dan suasana di Pengasih,” katanya.
Zamani ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media Iftar Akustika Zamani & Mawi yang diadakan di Restoran Istana Bambu di sini, Khamis.
Program berkenaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 Jun ini.
Dalam pada itu, Zamani berkata, dia juga merancang untuk meluangkan masa bersama penghuni-penghuni pusat pemulihan berkenaan dalam sebuah majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini.
Menjawab mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini, Zamani memberitahu dia cuba mengisikan waktunya dengan amal ibadah.
“Sebenarnya saya masih belum sempat berterawih di masjid kerana jadual kerja yang padat. Tapi saya akan mencari masa untuk berjemaah di masjid.
Mengulas mengenai Iftar Akustika Zamani & Mawi, pelantun suara Syair Si Pari-Pari itu berkata dia berbesar hati kerana dipilih untuk menjayakan program tersebut.
“Saya jarang terlibat dengan persembahan pada bulan puasa. Saya terima tawaran ini kerana objektif program ini yang mengumpul dana untuk diserahkan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Saya rasa ia perkara yang baik dan tiada sebab untuk saya menolak. Apa salahnya kita berhibur sambil melakukan kebajikan selain menambah pahala di bulan Ramadan ini,” katanya.
Sebanyak 150 juadah bakal disediakan berkonsepkan tradisi warisan budaya daripada chef PICC dan bagi yang ingin membuat tempahan boleh melayari www.ticketonline.my/pnm dengan harga serendah RM200.
Pengunjung juga bakal menerima hadiah istimewa iaitu minyak wangi eksklusif Zamani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Zamani Dibenarkan Pulang Hari Ini

gempak
10/11/2022
10:00 MYT
Zamani dah selamat pulang rumah
Laman Utama

"Dia Sudah Sedar ..." - Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Isteri Mohon Beri Ruang Berehat

gempak
09/11/2022
04:00 MYT
Isteri Zamani mohon beri masa
Laman Utama

Sedih Badan Makin Bongkok, Zamani Akan Jalani Pembedahan - “Saya Takut, Peluang Sembuh Sangat Kecil..”

gempak
08/06/2022
01:32 MYT
Semoga abang cepat sembuh.
Laman Utama

“Boleh Tak Sesiapa Tolong Rawat” - Suara Masih Padu Tapi Badan Zamani Makin Membengkok, Peminat Risau

gempak
25/04/2022
08:53 MYT
Ramai yang sedih tengok Zamani dan berharap ada pihak dapat membantu.
Laman Utama

Zamani Mengaku Terjebak Dengan Dadah Sejak Sekolah! – “Kalau Ibu Masih Ada, Saya Nak Cium Kaki Nak Minta Maaf Sebab Memalukan Keluarga…”

gempak
13/06/2021
02:40 MYT
Memang ekslusif pengakuan Zamani dan Ameng dalam Rumah No. 107 ni!
Unitar