,
Hiburan

Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!

Amri Hassan
04/05/2024
09:23 MYT
Pertama kali dianjurkan, Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Pengarah Banyak Bagus Entertainment, David Chua Boon Ghee berkata, idea untuk menggabungkan artis dari empat negara itu tercetus berdasarkan pengalaman menganjurkan konsert seumpamanya di luar negara.
“Selepas menimba pengalaman di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 10 tahun dalam bidang penganjuran konsert dan penerbitan muzik serta bertahun-tahun membawa artis Malaysia ke luar negara, saya banyak melihat betapa muzik dari Asia tetap mempunyai peminat tersendiri.
“Saya pernah menganjurkan konsert artis Thailand di sana. Kebanyakan pembeli tiket adalah penonton Muslimt dan mereka hafal kesemua lagu mereka.
“Berdasarkan sambutan yang diberikan dan percaya muzik dari Asia berpotensi untuk diperkembangkan memberi idea untuk saya menggabungkan artis dari emoat negara di bawah satu pentas,” katanya ditemui pada sidang media Banyak Bagus Festival (BBP-) 2024 di Putrajaya pada Sabtu.
Mereka yang akan membuat persembahanl di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines di dini adalah Dolla, Jaclyn Victor, Aisha Retno dan Insomniacks.
Artis Thailand diwakili Tilly Birds, Nanon, Getsunova, LYN dan Atlas manakala artis Filipina diwakili Ben & Ben dan Zack Tabudio.
Sementara itu Lyidra dan Fabio Adher mewakili artis dari Indonesia.
Mengulas pemilihan artis tersebut, David berkata kriteria utama yang ditekankan adalah popular.
“Kita tahu artis yang kita senaraikan ini mempunyai ramai peminat, bukan sahaja di negara mereka sendiri tetapi juga merentas sempadan.
“Pemilihan mereka juga dibantu peminat yang memilih mereka menerusi kaji selidik yang kami buat di media sosial,” ujarnya.
BBF 2024 yang bakal berlangsung dua malam berturut-turut bermula malam ini iaitu 4 dan 5 Mei akan bermula pada jam 3.00 petang hingga 1I0 malam untuk kedua-dua hari persembahan.
Konsert ini dibawakan khas Livepass Asia dan Banyak Bagus Entertainment dengan kerjasama LR Asia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

gempak
01/09/2024
01:04 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.
Hiburan

Tak Pernah ‘Hadap’ Pengiktirafan & Anugerah, Insomniacks Hanya Mahu Hiburkan Peminat - “Apa Yang Penting, Kami berasa Puas Bila…”

gempak
16/08/2024
11:55 MYT
Band Insomniacks mengakui mereka tidak pernah dahagakan sebarang pengiktirafan mahupun anugerah sejak kemunculan dalam industri muzik tujuh tahun lalu.