,
Hiburan

Bantu Mangsa Gempa Di Lombok, Krisdayanti Lelong Kasut Christian Louboutin

Amri Hassan
13/08/2018
11:47 MYT
Kejadian gempa bumi di Lombok beberapa minggu lepas telah mengundang perhatian ramai selebriti di Indonesia untuk tampil memberi bantuan kepada mangsa.
Tidak ketinggalan, penyanyi popular Krisdayanti turut menyertai acara lelongan yang diadakan di Kranggan, Jawa Barat pada Jumaat lepas.
Antara perkara yang menarik perhatian, penyanyi tersebut melelong sepasang kasut jenama Christian Louboutin miliknya pada harga 6 juta rupiah (RM1,600).
"Saya mahu melelong kasut yang dibuat di Itali ini, saya pernah memakainya beberapa kali sahaja sebelum ini," kata Kris.
Selain kasut tersebut, penyanyi ini turut melelong beberapa pasang gaun kesayangannya yang pernah dipakai ke acara-acara besar di Indonesia.
Kris mula menjejak kaki di industri hiburan Indonesia pada tahun 1987 dan masih berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Teks : Asraf Aided Sumber : kumparan.com Foto : bintang.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Marah Anak Lelaki Krisdayanti Pilih Ibu Tiri, Sifatkan Orang Paling Berharga

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Anak lelaki hasil perkahwinan Krisdayanti dengan Anang Hermansyah, Azriel menerima kritikan daripada netizen selepas membuat pengakuan dirinya lebih memilih ibu tiri iaitu Ashanty berbanding ibu kandungnya.
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Siap Bakar Foundation! Hebatlah” - Netizen Kagum Solekan Seiras Krisdayanti, Rupanya Rina Nose Make Up Sendiri!

gempak
01/07/2023
04:50 MYT
Power betul Rina ni!
Laman Utama

Krisdayanti Tukar Nama, Mahu Guna Nama Seperti Dalam Kad Pengenalan

gempak
08/05/2023
14:40 MYT
Krisdayanti mengumumkan telah menukar namanya pada akhir April lalu.
Laman Utama

Krisdayanti Beri Cucu Usia Kurang 1 Tahun Kopi: “Ya Allah Ketagih Seperti Nenek”

gempak
05/02/2023
01:57 MYT
Nama Krisdayanti sedang menjadi bualan hangat warganet Indonesia selepas video dia memberi cucunya kopi viral sejak semalam.
Laman Utama

Suami Kris Dayanti Dikatakan Mirip Pemain Bola Sepak Perancis Kylian Mbappe

gempak
19/12/2022
15:50 MYT
Cekap netizen Indonesia...