,
Laman Utama

Bantu Gelandangan Tinggal Dalam Khemah Plastik, Pengikut Ustaz Ebit Lew Rasa Terharu - “Allahu Syukurnya Masih Hidup Selesa Di Sini”

Izwan Isa
14/12/2021
23:50 MYT
Sejuk hati melihat sifat pemurah Ustaz Ebit Lew yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan, bangsa dan agama semata-mata.
Sepanjang kepergiannya menjalankan misi kemanusiaan di Brazil, pelbagai jenis individu yang berbeza latar belakang serta agama telah dibantu.
Terbaharu, menerusi hantaran video di laman sosialnya, Ebit berkongsi kisah pemberian bantuan yang dihulurkan buat golongan gelandangan yang berada di hadapan luar hotel tempat dia menginap.
“Sedih rasa. Dari semalam perasan dekat luar tingkap hotel saya ada beberapa anak kecil berlari-lari dan tidur dalam khemah plastik.
“Hari ni hujan lebat jer. Tengok khemah tu terbang. Mereka berlari betulkan khemah plastik. Sedih rasa. Mereka semua masuk dalam khemah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melihat pada nasib gelandangan tersebut, Ebit segera membeli keperluan makanan serta pakaian untuk disedekahkan kepada mereka.
“Saya pergi beli makanan dan baju-baju dan keperluan lain. Pergi tengok khemah mereka. Ada 3 baby lagi, 3 wanita dewasa. Beberapa anak remaja semuanya perempuan. Setiap hari mereka tidur di sini. Berat ujianmu anak.
“Mereka gembira bila kami ziarah mereka. Senyum je. Saya jadi tak lena memikirkan kasihan mereka. Walau dapat ukir sedikit senyuman pada mereka terasa gembira. Semoga Allah jaga mereka semuanya,” tulisnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan positif terhadap bantuan yang dihulurkan oleh Ebit kepada gelandangan berkenaan.
“Ya Allah, pilunya saya tengok keadaan mereka… Moga Allah mempermudahkan urusan Ustaz di sana. Amin,” komen pelakon Shah Iskandar pada video berkenaan.
“Allahu syukurnya masih dapat hidup selesa di sini,” kongsi seorang netizen pula.
Ustaz Ebit Lew terbang ke Sao Paulo, Brazil baru-baru ini bagi meneruskan misi keamanan kelolaannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Berita

Saksi Sekat, Nyahsekat Nombor Telefon Ebit Lew

gempak
30/08/2024
15:01 MYT
Saksi pendakwaan yang kesembilan memberitahu mahkamah bahawa tindakannya menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit Lew adalah disebabkan risau kerana gambar payudaranya ada pada pendakwah tersebut.
Berita

Hantar Gambar Payudara Pada Ebit Lew, Saksi Mengaku Tidak Curang

gempak
26/08/2024
07:55 MYT
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia tidak curang kepada suaminya sebaliknya gambar payudara yang diberikan kepada pendakwah terkenal itu dilakukannya secara tidak rela.
Viral

Mahu Cegah Penuaan, Influencer Guna Najis Jadi Mask Muka

gempak
20/08/2024
15:25 MYT
Seorang pesohor media sosial di Brazil mengundang kecaman orang ramai yang memintanya mendapatkan rawatan selepas dia memuat naik klip video menggunakan najis sebagai topeng muka.
Berita

Saksi Nampak Pesawat Berlegar-Legar Di Ruang Udara Sebelum Terhempas, Nahas Di Brazil Ragut 61 Nyawa

gempak
10/08/2024
10:25 MYT
Pesawat itu berlepas dari Casvavel, Parana dan dijadual dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa utama Sao Paolo.