,
Berita

Bangunan MOTAC Terima Ancaman Bom, Kakitangan Diarah Kosongkan Bangunan

Awani
05/06/2024
09:50 MYT
Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dilapor telah diarah mengosongkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.

Ancaman bom tingkat 14

Tindakan tersebut didakwa susulan wujud ancaman bom di tingkat 14 bangunan tersebut.
Insiden berkenaan turut dikongsi oleh Penolong Kanan Naib Presiden, Kandungan Berjenama, Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin yang berada di lokasi kejadian bagi menghadiri satu mesyuarat.
Menurut Zaiful, difahamkan bungkusan tersebut telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran
"Kakitangan kementerian telah melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.
"Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan," katanya.
Difahamkan, pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom telah berada di lokasi kejadian.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pembawa Bendera Israel Rupanya Bom Penduduk Gaza

gempak
29/07/2024
01:50 MYT
Pembawa bendera Israel di Sukan Olimpik Paris 2024, Peter Paltchik adalah individu sama yang menulis mesej berbaur provokasi pada bom yang dibedil untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.
Viral

Hilang Tanpa Khabar & Pelanggaran Dua Pesawat… Ini 5 Insiden Paling Tragis Dalam Sejarah Penerbangan!

gempak
29/06/2024
12:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar insiden mengerikan melibatkan pesawat.
Berita

Kes Keguguran Wanita Hamil Di Gaza Meningkat, Tekanan & Kurang Makanan Jadi Punca

gempak
08/06/2024
21:55 MYT
Keguguran semakin meningkat dalam kalangan wanita hamil di Gaza disebabkan oleh tekanan dan kekurangan makanan, kata ActionAid International.
Hiburan

Zizi Kirana Kongsi Detik Cemas Berdepan Letupan Bom Di Syria - “Pesan Pada Suami, Sekiranya Saya Syahid Ampunkan Salah Silap…”

gempak
21/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik cemas berdepan dua insiden pengeboman ketika menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.
Laman Utama

Sekolah Anak Aaron Aziz Terima Ancaman Bom - “Kekal Tenang Jangan Jadi Kancheong”

gempak
21/11/2023
09:34 MYT
Aaron mohon kekal tenang dalam situasi kecemasan.