,
Berita

Bangunan Mega Di London Ini Tersenarai Antara 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia & Ia Dimiliki Oleh Malaysia!

Gempak
11/02/2024
07:55 MYT
National Geographic menyenaraikan Battersea Power Station dalam 20 Lokasi Kebudayaan Terbaik Dunia kerana menawarkan pengalaman menarik, bermakna dan tersendiri kepada para pengunjung.
Bekas tapak stesen jana kuasa arang batu itu juga merupakan satu-satunya lokasi di United Kingdom (UK) yang dimasukkan dalam senarai kebudayaan untuk siri terbaharu National Geographic Best of The World 2024.

BERITA TRENDING: Catat Kehadiran Paling Tinggi Dengan 81,812 Penonton, Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Raih Untung RM52…

Battersea Power Station yang terletak di kota London dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Bangunan bernilai 9 bilion pound itu dibuka pada Oktober 2022 setelah dibangunkan semula menjadi destinasi bercampur dengan pelbagai pilihan restoran, kedai dan premis hiburan yang menjadi tumpuan kejiranan dan pelawat di ibu kota UK itu.
Pembangunan semula bekas stesen jana kuasa itu turut menawarkan pengalaman unik lif kaca setinggi 109 meter di cerobong asap ikonik Battersea Power Station yang dikenali Lift 109.
Sementara itu, Pengerusi Battersea Power Station Development Company, Tan Sri Jagan Sabapathy berkata, diiktiraf National Geographic dalam senarai 'Terbaik di Dunia' merupakan satu kebanggaan yang cukup bermakna bagi para pemegang saham dan semua yang telah terlibat dalam projek khas ini.
"Kami berharap dapat mengalu-alukan berjuta-juta lagi pelawat kerana menjadi harapan kami untuk memulihkan bekas stesen janakuasa ini sebagai destinasi bertaraf dunia.
"Kami mahu membawa mercu tanda ikonik ini untuk dinikmati oleh masyarakat tempatan, warga London dan pelawat dari seluruh dunia," katanya dalam kenyataan media.
Sementara itu, sebagai sebahagian daripada Festival Cahaya yang sedang berlangsung sehingga 25 Februari ini, Battersea Power Station telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines dan The Danna Langkawi yang menawarkan percutian hebat ke pulau peranginan terkemuka untuk empat orang.
"Memandang ke hadapan, pelbagai lagi jenama termasuk premis makanan dan minuman akan dibuka di kejiranan tebing sungai ini termasuk restoran Mexico, El Pastor, So.ShellNail & Brow Bar, kelab kesihatan mewah terkini dari Third Space, LIPS Pharmacy dan LIPS Healthcare Klinik dan Pusat Diagnostik," ujar kenyataan itu lagi.
Sumber: Dagang News menerusi Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
10/08/2024
21:55 MYT
Selepas lima tahun berkahwin, penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan isteri, Nurul Ain bakal menimang anak pertama mereka tidak lama lagi.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Hiburan

Mahu Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami

gempak
04/08/2024
04:56 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan dia bakal terbang ke London untuk membeli barang keperluan bayi tidak lama lagi.
Berita

Singapura Atasi London, New York Dalam Ranking 10 Bandar Raya Termahal Di Dunia, Semak Carta Penuh!

gempak
17/06/2024
13:42 MYT
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global.
Hiburan

Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."

gempak
30/05/2024
06:25 MYT
Pelakon dan model Thanuja Ananthan membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.