,
Laman Utama

“Bangun Subuh Badan Dah Tak Sedap, Selsema Perit” - Isteri Fad Positif COVID-19, Ramai Doa Cepat Sembuh

Mya Amri
25/02/2022
06:25 MYT
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman reda dengan dugaan apabila disahkan positif COVID-19.
Menurut Syahirah, pada mula dia hanyalah dikategorikan sebagai kontak rapat dah sudah membuat kuarantin kendiri bermula Isnin.
“Kita dah cuba jaga, selebihnya berserah pada Allah. Ujian kecil nak jentik hati kami. Walaupun kami hanya kontak rapat.
“Kami buat keputusan untuk kuarantin bermula hari Isnin. Tak fikir banyak sebab kami harap kami berdua negatif.
“Kuarantin dalam rumah dan dengar suara anak-anak dekat bawah aaaa saya tak boleh… Nak jelaskan sangat lah susah sebab diorang tak tahu.
“Mommy hanya cakap mommy demam virus ni tak boleh pegang orang. Asyik la ulang okay mommy sihat mommy turun tau. Esoknya tanya lagi mommy sihat tak, bila nak turun bawah ni,” tulisnya.
Bagaimanapun pada hari keempat kuarantin, Syahirah mula berasa tidak sedap badan dan membuat ujian menggunakan kit kendiri sebelum disahkan positif.
“Tiga hari kuat. Alhamdulillah okay, masuk hari keempat down ya. Bangun Subuh badan dah tak sedap sangat.
Batuk, selsema perit sangat jadi buat self test, double. Terduduk kejap sebab harapan nak turun peluk anak-anak tipis dah.
“Kitorang decide untuk buat PCR dekat semua. Bila result keluar sedihnya bila yang sangkut mama dengan kami.
“Alhamdulillah yang lain negatif tetapi masih kena monitor semua untuk lima hari. Untuk tengok sebab selama empat hari anak-anak dekat bawah dengan mama,” jelasnya.
Dalam pada itu, Syahirah juga memohon doa buat keluarganya.
“Tak ada apa yang nak kongsi lagi tapi tolong selitkan doa buat kami, Fad, mama anak-anak dan yang lain.
“Moga kami sihat kuat macam selalu. Bosan lah tak boleh nak mop rumah kemas rumah. Kita mak-mak selalu cakap anak-anak mommy tak boleh sakit tau.
“Mommy tanggung sakit tak apa tapi bila diuji covid ni almost down. Tapi banyak yang semangat.
“Bukan tak terima takdir Allah tapi lebih kepada sedihnya hati tak boleh uruskn anak-anak. Yang paling penting doakan Fad, anak-anak dan abang kami akan negatif hari seterusnya. Moga Allah lindung mereka,” coretnya.
Selain Syahirah, antara selebriti lain yang turut dijangkiti adalah Datuk Fizz Fairuz, Achey, Tomok, Nadya Syahera, Azira Shafinaz dan Nourul Depp.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Lebih Dari Syukur Sebab Tak Tercampak Tengah Jalan, Banyak Kereta Masa Tu,” - Isteri Cerita Detik Cemas Fad Kemalangan

gempak
02/11/2022
04:00 MYT
Doakan semoga Fad cepat sembuh.
Laman Utama

“Kena Monitor Under HDU, Ada Hentakan Dekat Kepala,” - Isteri Maklum Fad Kemalangan, Ramai Doa Cepat Sembuh

gempak
31/10/2022
19:00 MYT
Semoga cepat sembuh Fad.
Laman Utama

Nabila Huda Positif COVID-19 Buat Kali Kedua - “Sakit Kali Ni Teruk Daripada Yang Pertama..”

gempak
10/03/2022
04:35 MYT
Cepat sembuh Abil.
Laman Utama

“Bukan Nak Cipta Content, Boleh Rasa Badan Tak Sihat” - Positif COVID-19, Janna Nick Kongsi RTK, PCR Pun Kena Marah

gempak
26/02/2022
09:46 MYT
Kongsi buat test RTK dengan PCR pun kena marah... Aduh...
Laman Utama

“Lima Kali RTK Negatif, Sekali PCR…” - Achey Positif COVID-19, Alami Demam Melampau

gempak
21/02/2022
07:15 MYT
Semoga Achey cepat sembuh.