,
Viral

Bangun 4 Pagi Ulangkaji Rahsia Pelajar Orang Asli Dapat 9A SPM! - "Percubaan Saya Cuma Dapat 3A"

Gempak
28/05/2024
04:56 MYT
Berkat pengorbanan bangun seawal 4 pagi untuk mengulang kaji ternyata membuahkan hasil buat seorang pelajar Orang Asli dari Kampung Sungai Segenting, Chenderiang, Tapah, Perak memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan, 17, yang berasal dari suku Semai berkata dia dan ibu bapa menangis kegembiraan selepas menyemak keputusan secara dalam talian di rumah pagi semalam.

BERITA TRENDING: Lebih 11,000 Calon Peroleh Gred Cemerlang SPM, Catat Rekod Lebih Baik Berbanding Tahun Sebelumnya

Anak sulung daripada empat beradik itu memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik dan A bagi Bahasa Inggeris, Fizik dan Kimia serta A- subjek Matematik Tambahan dan Biologi.
Dia yang tidak percaya dengan keputusan itu kemudian bergegas ke Sekolah Menengah Sains Tapah untuk mendapatkan slip keputusan SPM.

"Saya amat bersyukur atas kejayaan ini dan berharap semakin ramai Orang Asli akan lebih cemerlang dalam pelajaran selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Tiada kelas tuisyen

Berkongsi usahanya untuk memperoleh keputusan cemerlang itu, Fifi Nurfatin berkata dia tidak menghadiri kelas tuisyen sebaliknya memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran dan kelas tambahan di sekolah.
Dia yang menyimpan cita-cita untuk menjadi warga pendidik juga mengetepikan perasaan rendah diri dan berusaha mendapatkan bantuan guru secara peribadi apabila tidak memahami sebarang topik dalam mata pelajaran.
"Saya juga sering mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam dan bangun seawal 4 pagi untuk sambung belajar demi mendapatkan kejayaan ini.
"Memang tidak sangka saya berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran kerana ketika percubaan SPM saya hanya dapat 3A," katanya yang juga aktif dalam sukan Bola Keranjang sehingga mewakili ke peringkat daerah dan Catur ke peringkat negeri.

Pesan tak tinggal solat

Bapanya yang bekerja sebagai tukang kebun sering berpesan supaya tidak meninggalkan solat manakala ibu pula mengingatkan supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain juga menjadi antara dorongan untuk berjaya.
Sementara itu, bapanya Marjaidi Hirwan Sinak, 40, amat bersyukur dan gembira selepas pelbagai cabaran yang dihadapi sepanjang anaknya bersekolah.
"Dia memang rajin belajar sejak kecil lagi dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk aktif dalam sukan.
"Bantuan diterima menerusi biasiswa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sebanyak RM700 ketika anaknya memasuki tingkatan lima serba sedikit membantu membiayai perbelanjaan dan keperluan sekolah," katanya.
-- BERNAMA

PILIHAN PEMBACA: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.