,
Hiburan

Bangga Pencapaian Bella Astillah, Marsha Turut Lakar Nama Di China - “Saya Akan Nyanyikan Lagu Sabah”

Mya Amri
22/05/2024
04:55 MYT
Penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan melahirkan rasa bangga melihat rakan senegerinya, Bella Astillah berjaya menempa nama di China.
Menurut Marsha, Bella tidak hanya berjaya dalam bidang nyanyian malah kerjaya lakonannya juga turut mendapat respon positif.
“Saya sangat berbangga sebab dari dulu lagi saya selalu berharap akan lebih ramai artis dari Sabah dalam industri.
“Mungkin sebab Sabah lebih jauh dan platform di sana agak kecil, jadi saya gembira saya mendengar Bella membuat ‘progress’ bukan saja dalam bidang nyanyian tapi lakonan,” katanya.
Marsha berkata demikian ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia, Menara TSR, Petaling Jaya selepas majlis perlancaran single terbaharu berjudul Hening Rindu yang juga menjadi runut bunyi untuk drama Aku Bukan Ustazah.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Macam Mana Lah Marsha Nyanyi Lagu Ni” - Liza Hanim Akui Kembali Terang Lagu Yang Sukar

Turut diundang buat persembahan di China

Berkongsi berita gembira, Marsha juga mendedahkan dia turut diundang menjayakan persembahan dan mempromosikan budaya Malaysia di Shanghai, China.
Kata Marsha, dia akan ke Shanghai selama empat hari bermula 24 Mei ini dan akan menjadi lawatan pertamanya ke negara itu.
“Saya dirisik oleh Malaysia Tourism untuk bersama-sama mereka ke Shanghai, mempromosikan budaya yang kita ada di Malaysia. Jadi saya diberikan peluang membuat persembahan selama dua hari di sana.
“Memandangkan bulan ini adalah Pesta Menuai di Sabah jadi antara lagu-lagu yang saya akan menyanyikan di sana adalah lagu Sabah.
“Kiranya saya akan meraikan juga Pesta Menuai di sana. Saya tak pernah ke China, ini akan menjadi kunjungan pertama saya,” ujarnya.
Marsha juga merupakan satu-satunya penyanyi dari Malaysia yang akan membuat persembahan di sana.
Terdahulu, Bella terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.
Bella mempersembahkan sebuah lagu berbahasa Cina selain Sumandak Sabah nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan.
Lagu Hening Rindu merupakan sebuah balada hasil ciptaan komposer Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, dan liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.
Sebelum ini, single Marsha yang berjudul Dulu Kini Dan Akhirnya juga popular sebagai lagu runut bunyi sebuah drama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.