,
Laman Utama

Bangga Dine In Tanpa Suntikan Lengkap Vaksin, Wanita Ini Akhirnya Dicekup Bersama…

Hanafis Haris
24/08/2021
06:15 MYT

Tindakan berani seorang wanita menjamu selera di restoran atau ‘dine in’ tanpa suntikan dos lengkap vaksin Covid-19 akhirnya membawa padah apabila dia bersama suaminya ditahan pihak berkuasa.Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook.

Menurut Shamsul, pihaknya telah menerima aduan berkaitan kenyataan yang tular di media sosial oleh pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha.

“Mujaheeda Soleha telah memuat naik kenyataan berkisarkan tentang eksperimen sosial dia masuk ke beberapa kedai dan gambar makan di dalam kedai atau dine-in bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan dos lengkap suntikan vaksin.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tangkapan dibuat pada petang semalam ketika wanita itu berada di rumahnya di Bandar Putra, Klang.

“Kedua-dua suspek disyaki pasangan suami isteri telah ditahan pada Isnin sekitar pukul 5 petang di rumah mereka di Bandar Putera 2 di sini dan mereka berusia 35 hingga 36 tahun dan dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta turut disiasat ,mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia,” katanya.

Tambahnya, pasangan suami isteri itu tidak direman sebaliknya telah diambil keterangan semalam di IPD Klang Selatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kami akan melengkapkan kertas siasatan dan diangkat kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, perkongsian seorang wanita menerusi satu posting di Facebook telah mencetuskan kemarahan netizen apabila dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi posting tersebut, wanita yang dikatakan masih belum menerima vaksin itu secara terang-terangan memasuki beberapa restoran untuk menikmati makanan secara ‘dine in’.

Malah, bukan saja berseorangan tetapi turut membawa suami dan anaknya.

BACA: “Tanpa 2 Dos Pun Kami Selamat Dine In, Allah Bagi Mudah” - Didakwa Anti Vaksin, Tindakan Wanita Buat Netizen Mengamuk!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.