,
Viral

Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!

Umirah Halim
24/04/2024
05:00 MYT
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
Menerusi kenyataan yang telah disiarkan pada umum, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian dari seorang wanita pada 10.51 pagi.
“Pengadu berusia 63 tahun membuat laporan memaklumkan anak kucing dibakar hidup-hidup di tapak parking motosikal berkenaan.
"Wanita berkenaan cuba mencari anak kucing berkenaan di sekitar flat dan menjumpainya dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke Klinik Veterinar Swasta di Ampang," katanya dalam kenyataan tersebut.

Rakaman CCTV

Tambahnya lagi, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1 tengah hari.
"Suspek tiga lelaki dipercayai sedang melepak di tapak parkir berkenaan. Dua daripada suspek kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dan salah seorang menyalakan api.
"Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing berkenaan berlari dalam keadaan badan terbakar," katanya.

Anak kucing melecur tahap kedua

Dalam pada itu, Mohd Zaid berkata, anak kucing kini ditempatkan di sebuah Klinik Veterinar Swasta di Ampang dan mendapati kecederaan dialami ialah 2nd degree burn (melecur tahap kedua).
"Anak kucing dianggarkan berusia enam minggu dengan berat 300 gram. Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya 1 minggu.
"Bahagian Siasatan Jenayah IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kajang sudah pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan mereka untuk membantu siasatan," katanya.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh sehingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…

Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.