,
Laman Utama

Bakar Keterujaan, Akhirnya Trailer Mechamato Movie Dilancarkan!

Syafiqah Jalal
08/11/2022
10:56 MYT
Buat julung kalinya tayangan trailer untuk filem animasi hebat dan popular Mechamato Movie dilancarkan hari ini.
CEO Monsta, Nizam Abdul Razak berkata mereka melalui cabaran berbeza dalam menghasilkan trailer Mechamato Movie ditayangkan di laman YouTube rasmi Monsta dan Astro Shaw.
"Kami sangat detail dalam menghasilkan trailer kali ini supaya dapat dipersembahkan dengan cara yang menerujakan dalam masa yang sama tidak terlalu mendedahkan keseluruhan penceritaan.
"Amato ni wataknya lebih logik, dia memang seorang rise superhero. Jadi agak susah di situ untuk kami sunting supaya penceritaannya nanti tidak dapat diagak oleh penonton.
"Editing mode kami pun bertukar untuk capai citarasa semasa yang kini selepas negara dilanda pandemik," katanya.
Nizam mengulas perkara berkenaan ketika Majlis Pelancaran Poster dan Trailer Mechamato Movie di sesi Conference & Business Exchange oleh MDec di Cyberview Resort & Spa Cyberjaya, pada Selasa.
Hadir bersama dalam sesi itu adalah Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.
Terdahulu siri keluaran studio Monsta itu mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat hak siaran di 65 buah negara di seluruh dunia.
Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa Cartoon Network Asia ini telah dibangunkan dengan sokongan dana dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan bertujuan untuk membantu mengeksport animasi Malaysia ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikan Malaysia antara pengeluar animasi utama di rantau Asia Pasifik.
Mechamato Movie bakal menemui penonton pada 8 Disember ini di pawagam seluruh negara. Malah, sebuah video khas tentang perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube Monsta dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2022.
Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - “Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap”

gempak
22/03/2024
12:55 MYT
Teaser Sheriff ni pun dah power ya.
Drama

Persis Siri Antarabangsa, Netizen Terpegun Lihat Skill Editing Trailer i.D

gempak
16/02/2024
14:00 MYT
Sebuah video yang memaparkan proses penyuntingan trailer drama I.D  di platform TikTok berjaya meraih pujian daripada netizen.
Hiburan

“Dulu Kita Tengok Ultraman, Sekarang Dorang Layan Mechabot” - Netizen Bangga Mechamato Disambut Baik Warga Jepun

gempak
25/01/2024
12:55 MYT
Filem yang dialih bahasa kepada bahasa Jepun itu menerima maklum balas positif dalam kalangan penonton tempatan di sana, tidak kira peringkat usia
Laman Utama

VIDEO: “Ini Barulah Filem Seram, Setaraf The Conjuring!”- Trailer Rahsia Buat Netizen Meremang Bulu Roma

gempak
19/07/2023
03:50 MYT
Power semua pelakon dalam Rahsia ni, salute!
Laman Utama

Reaksi YouTuber Selepas Tonton Trailer ‘Polis Evo 3’ - “Yang Wow Kan Aku Adalah…”

gempak
09/05/2023
11:50 MYT
Trailer pun dah buat kita rasa tak sabar.