,
Terkini

Bakal Muncul Dengan Single Baru, Nurfatima Rancang Kolaborasi Dengan BBNU

Kamaruddin Razal
18/02/2020
03:30 MYT
Selepas membuat kemunculan semula dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) tahun lalu, penyanyi Nurfatima kembali mengatur strategi untuk menghangatkan perjalanan seninya.
Bakal mengeluarkan single terbaru pada Mac ini, penyanyi yang mesra disapa dengan nama Nur ini akur dengan trend muzik semasa.
"Bagi merancang kemunculan kali ini selepas tamatnya GV, saya akur dengan perkembangan muzik semasa yang dipelopori oleh Budak Baru Nak Up (BBNU).
"Saya akan ikut trend, tapi tidaklah terlalu 'trendy' seperti BBNU. Saya akan serapkan eleman baru dan pada masa yang sama, saya akan bekerjasama dengan komposer baru.
"Saya juga dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan penyanyi BBNU tetapi semuanya masih dalam proses perbincangan. Doakan semuanya berjalan lancar," katanya.
Tambah Nur, dia turut memikirkan kemungkinan untuk terus menetap di Malaysia jika kemunculannya kali ini mendapat sambutan positif.
"Setakat ini, saya berulang alik Australia - Malaysia. Di sini, saya menetap di rumah ibu bapa saya. Suami tidak menghalang saya kembali aktif.
"Insya-Allah, jika karier saya mendapat sambutan memberangsangkan, saya ada perancangan untuk terus menetap di Malaysia.
"Tapi, semuanya bergantung kepada penerimaan orang ramai. Tengok macam mana dulu, saya tak berani nak buat keputusan," katanya lagi.
Nur ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, baru-baru ini.
Membawakan anda era “moden klasik” dengan lapisan warna dan siluet minimalis
Lebih dua dekad selepas kemunculannya pada tahun 1990-an, New Balance 850 membuat kemunculan semula dengan sentuhan moden dan penuh tenaga pada rupa ikoniknya.
Menampilkan reka bentuk alternatif tanpa logo N di tepi - sesuatu yang radikal bagi New Balance pada tahun 1996 – keluaran terkini ini menampilkan gaya “colour blocking” yang ekspresif berserta penggunaan material yang premium.
Turut hadir ialah selebriti lain seperti Zizi Kirana, Sharifah Sakinah, K-Clique, Ajak Shiro. Hunny Madu, Kayda dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video