,
Laman Utama

Bakal Mula Internship, Wani Kayrie Sempat Lancar Lagu Baharu 'Fajar'! - "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya..."

Amri Hassan
05/03/2023
06:50 MYT
Berwajah cantik, penuh berbakat dan pintar dalam bidang akademik, penyanyi wanita kelahiran Sandakan, Sabah, Wani Kayrie kembali menyemarakkan tirai 2023 dengan single terbaharunya berjudul Fajar.
Lagu terbabit hasil ciptaan barisan komposer terkenal tanah air seperti Shazee Ishak, Audi Mok serta Tysha Tiar.
Kali terakhir Wani muncul dengan single terbaharu adalah kira-kira setahun yang lalu melalui lagu ‘Kamu Kamu’.
"Jadual belajar saya pada ketika itu agak padat kerana semesternya panjang, selain itu pada masa yang sama saya juga banyak menerima tawaran untuk berlakon drama.
"Dan yang terkini, saya baharu sahaja tamat dengan penglibatan dalam sebuah program televisyen realiti ‘Famili Duo’ bersama Bella Astillah di mana kami berjaya meraih tempat ke-3.
"Syukur Alhamdulillah rancangan tersebut telah membuka mata ramai orang di luar sana yang dapat melihat kebolehan saya dalam menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza.
"Banyak yang saya pelajari melalui program tersebut terutamanya dari segi kemahiran vokal, idea untuk konsep sesebuah persembahan dan pembaharuan gubahan lagu asal ke genre yang berbeza dalam masa yang singkat," katanya.

Tonjol vokal mantap Wani

Ingin lari dari kebiasaan, Wani mahu mencabar kemampuan dirinya sebagai penyanyi dengan mencuba sesuatu yang baharu.
"Idea di sebalik genre untuk single ketiga ini datangnya dari saya sendiri kerana mahukan kelainan yang lebih kepada menonjolkan kemampuan vokal.
"Lagu Fajar menceritakan tentang ‘cahaya’ yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah dalam hidup meskipun menerima banyak ujian dan dugaan.
"Saya percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya, dan ‘cahaya’ itulah yang menjadi sumber kekuatan setiap insan dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar tanpa menoleh kebelakang serta tidak mengulangi kesilapan masa lalu yang menjadi sejarah hitam," jelasnya.
Karya istimewa dalam nuansa balada ini jelas kedengaran moden dengan elemen muzik elektronik yang menambah keunikan penciptaannya sesuai dengan halwa telinga pendengar masa kini yang mahukan sesuatu yang segar dan baharu.

Wani Kayrie patut jadi contoh

Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata Wani merupakan artis muda negara yang sentiasa bekerja keras dalam memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang diceburinya.
"Semangat yang dimilikinya wajar dijadikan contoh oleh anak-anak muda di luar sana untuk berjaya dalam hidup.
"Semoga lagu Fajar nyanyian Wani dapat melonjakan lagi namanya dan terus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya," tambahnya.
Wani yang kini dalam persediaan menjalani latihan praktikal selama 6 bulan bagi menyempurnakan semester akhir jurusan Undang-Undang dan Perdagangan.
Lagu Fajar boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.