,
Laman Utama

Bakal Kahwini Tiko, Bunga Citra Lestari Tukar Gelaran IG, Tiada Lagi Nama Sinclair

Maliah Surip
01/12/2023
05:55 MYT
Pesohor hiburan Indonesia, Bunga Citra Lestari dilaporkan akan menamatkan zaman jandanya selepas pemergian suami, Ashraf Sinclair empat tahun lalu dalam masa terdekat.

BERITA TRENDING: Bunga Citra Lestari Sudah Move On, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Bunga atau BCL akan menikah kali kedua dengan kekasihnya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember 2023 di Bali.
Rencana perkahwinan mereka terbongkar selepas pihak jabatan agama yang bertanggungjawab mengesahkan permohonan pernikahan BCL dan Tiko.
Meski tidak mengesahkan fakta tersebut secara rasmi, menjelang hari memulakan ‘hidup baru’, BCL dilihat melakukan beberapa perubahan.
Antara yang paling ketara apabila penyanyi tersebut telah menukar nama akaun Instagramnya, @bclsinclair kepada @itsmebcl.
Wanita berusia 40 tahun itu selama ini menggunakan nama bclsinclair yang merupakan gabungan namanya dengan nama keluarga allahyarham Ashraf Sinclair.
Namun kini BCL menggunakan nama pengenalan @itsmebcl di akaun IG yang mempunyai 23.3 juta pengikut.
BCL bagaimanapun dilihat tidak menghapus foto atau video momen lampau bersama mantan suaminya itu di IG.
Malah dalam temubual bersama media tempatan, BCL mengaku dia bukan sudah move on hanya kerana ingin menikah lagi tetapi mencari bahagia buat diri dan anak tunggal bersama Ashraf, Noah.
“Kalau move on (dari kesedihan) rasanya sampai bila pun tidak boleh tapi bagaimana kita mampu hidup dan bahagia kembali. Anak juga perlu bahagia,” ujar BCL.

PILIHAN PEMBACA: BCL Didakwa Sudah Ada Kekasih, Siapa Duda Bernama Tiko Aryawardhana?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.